Pengasuh didakwa bunuh bayi 4 bulan di taska hospital P. Pinang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengasuh didakwa bunuh bayi 4 bulan di taska hospital P. Pinang

Bayi dipercayai maut disebabkan lemas akibat kurang oksigen
Mar 19, 2026 | 1:29 PM

Pengasuh didakwa bunuh bayi 4 bulan di taska hospital P. Pinang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pengasuh didakwa bunuh bayi, Hospital Seberang Jaya, Taska Pintar HSJ, Hayl Haarith, Nur Farhana Fazmar, berita mahkamah, Pulau Pinang, kes dera bayi 2026.
Pegawai polis mengiringi pengasuh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22 tahun (tiga dari kanan) yang didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada 9 Mac lalu. - Foto NSTP

BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang, atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah pusat asuhan dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ), Pulau Pinang, pada awal Mac lalu.

Tertuduh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, memandangkan kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Nur Farhana didakwa melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian bayi kepada Ummu Habibah Wahab, 29 tahun, di Taska Pintar Hospital Seberang Jaya, lapor Harian Metro.

Kejadian didakwa berlaku antara 1 pagi dengan 4 pagi pada 9 Mac lalu.

Jika disabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 dengan 40 tahun.

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, tertuduh juga boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Cik Siti Nur Amalina Harun, manakala tertuduh diwakili peguam, Encik Muhaimin Hashim.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Sementara itu, seorang lagi rakan sekerja tertuduh yang sebelum ini direman, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 ($3,251) dan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan.

Terdahulu, kedua-dua wanita berkenaan tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira 8.45 pagi dalam keadaan tangan digari.

Bayi itu kemudian dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya kira-kira 4 pagi selepas ibunya, Cik Ummu Habibah, seorang jururawat yang bertugas syif malam, menerima panggilan yang menyatakan wajah anaknya bertukar menjadi biru.

Doktor melakukan pernafasan kecemasan (CPR) selama satu jam, namun bayi itu tidak dapat diselamatkan.

Pada 18 Mac, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata bayi itu dipercayai maut disebabkan asfiksia (lemas akibat kekurangan oksigen).

Menurutnya, pemeriksaan perubatan menunjukkan perkara itu sebagai punca kematian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg