Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penguasa Johor siasat kereta S’pura isi petrol bersubsidi RON95

Oct 2, 2025 | 3:15 PM
Ron95, drebar, Singapura
Satu video tular menunjukkan warga Singapura mengisi petrol RON95 di Plentong, Johor. - Foto TANGKAP LAYAR MEDIA SOSIAL

JOHOR BAHRU: Pemandu kereta bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengisi petrol subsidi RON95 di sebuah stesen minyak dipercayai di Plentong, Johor.

Perbuatan lelaki itu dirakam dan dimuat naik di media sosial hingga tular pada 1 Oktober, dengan kejadian dipercayai berlaku pada 3.55 pagi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Cik Lilis Saslinda Pornomo, berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan penguat kuasanya sudah dihantar ke stesen minyak berkenaan di Taman Sierra Perdana, Plentong, bagi tindakan lanjut.

“Jika terdapat kecuaian di pihak pengusaha stesen minyak, tindakan lanjut akan diambil dan diteruskan dengan membuka kertas siasatan yang kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro pada 2 Oktober.

Video sepanjang 21 saat itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai kerana lelaki warga asing itu mengisi RON95 yang dikhususkan kepada rakyat tempatan di bawah Budi Madani RON95 (Budi95) yang baru dilaksanakan pada 30 September.

Dalam video berkenaan, individu yang merakam kejadian itu sudah meminta lelaki berkenaan mengisi RON97 seperti yang dikuatkuasakan bagi kenderaan asing di Malaysia.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang mengecam sikap tidak bertanggungjawab itu, selain mempersoalkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan larangan pembelian petrol RON95 subsidi oleh kenderaan asing.

Sementara itu, Kementerian Ekonomi Malaysia tidak menolak kemungkinan kuota tambahan subsidi Budi95) bagi sektor e-hailing (kenderaan sewa persendirian) akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober.

Ketua Setiausahanya, Datuk Norazmie Diron, berkata pengumuman mengenai perkara itu juga akan dibuat berdasarkan keputusan yang bakal dimuktamadkan kerajaan kelak.

“(Kuota subsidi tambahan bagi sektor e-hailing) akan diumumkan tidak lama lagi. Ada kemungkinan (diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2026).

“(Jumlah kuota subsidi tambahan) akan diumumkan berdasarkan kepada keputusan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan nanti,” katanya pada satu sidang media, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada 1 Oktober, kerajaan Malaysia dilapor bersetuju memberi had kelayakan tambahan subsidi Budi95 pemandu e-hailing sepenuh masa bermula 15 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg