Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pengurusan restoran mohon maaf isu azan tiga minit awal, pelanggan dinasihati ganti puasa

Mar 28, 2025 | 6:08 PM
Pihak pengurusan cawangan ayam goreng DarSa Fried Chicken (DFC) mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang terjadi pada 17 Mac lalu.
Pihak pengurusan cawangan ayam goreng DarSa Fried Chicken (DFC) mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kesilapan yang terjadi pada 17 Mac lalu. - Foto TANGKAP LAYAR IG/DARSAFRIEDCHICKENOFFICIAL

Pihak pengurusan sebuah cawangan francais ayam goreng mengulangi permohonan maaf selepas berlaku kesilapan dalam pengumuman azan Maghrib menyebabkan beberapa pelanggan berbuka puasa lebih awal daripada waktu yang ditetapkan pada 17 Mac lalu.

Di Facebooknya, DarSa Fried Chicken (DFC) cawangan Puncak Alam berkata pihaknya bertanggungjawab sepenuhnya dan menggesa umat Islam yang terjejas supaya menggantikan puasa.

“Azan Maghrib diumumkan pada 7:26 malam, manakala waktu Maghrib sebenar bagi kawasan Kuala Selangor adalah pada 7:29 malam, mengikut rujukan rasmi Jakim,” katanya merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Kami akui kesilapan ini menyebabkan beberapa pelanggan kami berbuka puasa lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.”

Kenyataan itu dikeluarkan pada 18 Mac, tetapi telah dikongsi semula pada 27 Mac.

Bagi mengelakkan kejadian berulang, pihak pengurusan berkata langkah pembetulan telah dilaksanakan, termasuk menyelaraskan azan mengikut masa dengan jadual solat rasmi.

Francais itu juga mengesahkan komitmen mereka untuk memastikan pengalaman yang lebih baik untuk pelanggan dan menyatakan kekesalan atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Tindakan itu dibuat selepas pelanggan cawangan DFC di Puncak Alam dilaporkan meluahkan kekecewaan mereka di media sosial selepas tidak sengaja berbuka puasa lebih awal daripada waktu yang ditetapkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg