Penipuan dokumen pemain bola sepak warisan M’sia: TMJ cabar heret pihak yang menuduh ke mahkamah jika ada bukti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penipuan dokumen pemain bola sepak warisan M’sia: TMJ cabar heret pihak yang menuduh ke mahkamah jika ada bukti

Mar 6, 2026 | 2:06 PM

Penipuan dokumen pemain bola sepak warisan M’sia: TMJ cabar heret pihak yang menuduh ke mahkamah jika ada bukti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim. - Foto fail MALAYSIAKINI

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, mencabar pihak yang menuduh beliau terlibat dalam pemalsuan dokumen pemain bola sepak warisan Malaysia, agar membawa perkara itu ke mahkamah.

Cabaran tersebut dibuat menyusuli kritikan yang timbul selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berkaitan kes tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang sebelum ini dikenakan sekatan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).

Dalam satu hantaran di akaun X miliknya pada 6 Mac, Tunku Ismail mencadangkan agar pengkritiknya mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau jika mempunyai bukti, lapor Malaysiakini.

“Setuju! Saya ada cadangan yang lebih baik. Bawa saya ke mahkamah secara beramai-ramai dengan apa jua bukti yang ada. Sila,” kata beliau sebagai respons terhadap hantaran seorang pengguna X.

Maklum balas itu hadir selepas seorang pengguna media sosial menuntut agar Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertanggungjawab berhubung keputusan CAS yang mengekalkan sebahagian sekatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

Kes tersebut berkait dakwaan penggunaan dokumen palsu bagi membolehkan pemain terbabit mewakili skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Pengguna berkenaan turut memetik hantaran di akaun X TMJ bertarikh 11 Januari 2025, yang masih boleh diakses, apabila beliau merayu kepada kerajaan Malaysia agar membantu mendapatkan pasport bagi pemain kelahiran luar negara supaya mereka dapat mewakili negara dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027.

“Adalah penting bagi Harimau Malaya untuk memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif,” menurut TMJ pada hantaran tersebut.

Menurut rekod, kesemua pemain warisan berkenaan telah dipantau pada 2024 sebelum proses naturalisasi mereka dimulakan pada akhir tahun tersebut.

Terdahulu pada 5 Mac, CAS sebahagiannya membenarkan rayuan tujuh pemain warisan Harimau Malaya terhadap Fifa berhubung hukuman yang dikenakan kerana memalsukan dokumen berkaitan naturalisasi dan kelayakan.

Dalam keputusan operasi (tanpa alasan terperinci) yang dikeluarkan itu, panel CAS memutuskan tujuh pemain tersebut tetap dikenakan penggantungan selama 12 bulan. Namun, hukuman itu hanya terpakai untuk perlawanan rasmi dan bukan semua aktiviti bola sepak.

“Setelah meneliti bukti yang dikemukakan, panel CAS mendapati kesalahan memalsukan dokumen kelayakan telah terbukti dan penggantungan selama 12 bulan daripada perlawanan adalah hukuman yang wajar dan sepadan bagi para pemain memandangkan mereka terlibat secara bersama dalam penipuan ini,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, selaras dengan Artikel 22 Kod Disiplin Fifa (FDC), panel CAS memutuskan penggantungan itu hanya terpakai untuk perlawanan serta semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Sehubungan itu, pemain dibenarkan meneruskan latihan bersama kelab masing-masing sepanjang tempoh penggantungan.

Pada September 2025 lalu, Fifa mengesahkan FAM dan tujuh pemain berkenaan didapati melanggar Artikel 22 FDC kerana memalsukan dokumen.

Hasil siasatan mendapati FAM telah menyerahkan dokumen yang dipercayai palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain, sekali gus membolehkan mereka beraksi dalam kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam perlawanan Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu (2025).

FAM kemudian diarahkan membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta /$580,000), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg