Johor persiap hadapi lonjakan trafik Aidilfitri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor persiap hadapi lonjakan trafik Aidilfitri

Kaunter imigresen maksimum, 9 titik kawalan trafik diaktifkan
Mar 19, 2026 | 1:08 PM

Johor persiap hadapi lonjakan trafik Aidilfitri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, cuti, Hari Raya Aidilfitri, trafik, kesesakan, pintu masuk utama Malaysia, imigresen, kaunter imigresen, MyNIISe, PDRM, Ops Lancar, Bangunan Sultan Iskandar, BSI
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh. - Foto fail

Persiapan rapi sedang giat dijalankan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), yang menjangkakan lonjakan pergerakan orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan musim cuti sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Ops Raya 2026 bersama jabatan dan agensi berkaitan bagi menyelaras langkah operasi di pintu masuk utama negara itu.

Menurutnya, pelbagai pendekatan diambil bagi memastikan aliran trafik dan pergerakan penumpang kekal lancar serta terkawal.

“Dari sudut operasi imigresen, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) telah bersedia dengan siaran status kesesakan secara masa nyata melalui media sosial, selain menggalakkan penggunaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi mempercepatkan urusan,” katanya dalam satu kenyataan pada 18 Mac.

Kaunter akan dibuka secara maksimum, melibatkan sehingga 90 peratus pegawai imigresen, 80 peratus pegawai kastam serta sokongan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Menurutnya, laluan kontra di zon bas serta pengaktifan laluan tambahan turut dilaksanakan secara dinamik mengikut keperluan semasa bagi mengurangkan kesesakan.

Dalam aspek kawalan trafik, Encik Mohamad Fazli berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Ops Lancar dengan penempatan anggota di lokasi kritikal sekitar BSI.

Sebanyak sembilan titik kawalan trafik diaktifkan melibatkan laluan utama termasuk Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) ke BSI, Tambak Johor, susur lori serta beberapa persimpangan penting.

“Tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan khususnya terhadap kesalahan potong barisan, menghalang lalu lintas serta pelanggaran undang-undang jalan raya,” katanya.

Langkah menyeluruh itu diharap dapat membantu melancarkan perjalanan rakyat serta mengurangkan tekanan kesesakan di pintu masuk utama negara.

“Dengan kesiapsiagaan ini, kita berharap perjalanan sempena Aidilfitri dapat berlangsung dengan lebih lancar, selamat dan teratur,” katanya.

Sementara itu, Berita Harian Malaysia melaporkan bahawa Polis Johor telah menugaskan 2,018 pegawai dan anggota sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitiri terutama bagi 47 lokasi panas atau hotspot dan 38 lokasi hitam atau blackspot – sering berlaku kemalangan – bermula 19 Mac hingga 24 Mac ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata ia bertujuan bagi mencapai tiga matlamat utama penguatkuasaan Op Selamat 26 kali ini dengan tumpuan utama pencegahan jenayah pecah rumah, meminimumkan kadar kemalangan dan memastikan kelancaran aliran trafik.

“Kekuatan keseluruhan di lapangan membabitkan 69 pegawai dan 663 anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor bersama 168 pegawai dan 1,118 anggota dari semua elemen lain di Kontinjen Johor.

“Kita juga meneruskan kolaborasi bersama agensi-agensi lain antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

“Dari sudut operasi imigresen, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) telah bersedia dengan siaran status kesesakan secara masa nyata melalui media sosial, selain menggalakkan penggunaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi mempercepatkan urusan... Tindakan penguatkuasaan akan dipertingkatkan khususnya terhadap kesalahan potong barisan, menghalang lalu lintas serta pelanggaran undang-undang jalan raya.”
Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg