Pertemuan terakhir di bazar Ramadan sebelum 5 sekeluarga maut dalam kebakaran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pertemuan terakhir di bazar Ramadan sebelum 5 sekeluarga maut dalam kebakaran

Feb 27, 2026 | 2:03 PM

Pertemuan terakhir di bazar Ramadan sebelum 5 sekeluarga maut dalam kebakaran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kebakaran raub, kebakaran pahang, lima sekeluarga
Dua beradik, Ahmad Balia Murqam (dua dari kiri), 15 tahun; dan kakaknya, Ruby Adalia Balqis (dua dari kanan), 19 tahun, kehilangan lima anggota keluarga yang terkorban dalam kebakaran rumah mereka di Raub, Pahang, pada awal pagi 26 Februari. - Foto BERNAMA

KUANTAN (Pahang): Pertemuan dengan lima ahli keluarganya di bazar Ramadan menjadi kenangan terakhir buat seorang remaja, Ahmad Balia Murqam, 15 tahun, sebelum kehilangan anggota keluarganya yang maut rentung dalam kebakaran pada 26 Februari.

“Saya sempat berjumpa dengan ayah, ibu dan tiga adik-beradik di bazar Ramadan pada petang 25 Februari. Saya hanya mengambil air kerana ayah berniaga kuih dan air di bazar.

“Ketika itu, mereka tidak berkata apa-apa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya tenang ketika ditemui menziarah jenazah lima ahli keluarganya di Unit Forensik Hospital Raub, Pahang, pada 26 Februari.

Ahmad Balia ialah anak ketiga yang juga anak lelaki tunggal kepada lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, kira-kira 3.45 pagi.

Pelajar Menengah Tiga itu berkata dia sempat bertemu ahli keluarganya itu selepas dibawa keluar oleh guru ke Bazar Ramadan di Ulu Dong.

“Saya hanya mengetahui kejadian yang berlaku apabila bapa saudara datang ke sekolah pada 5 pagi 26 Februari,” katanya, lapor Harian Metro.

Ahmad Balia dan kakak sulungnya, Cik Ruby Adalia Balqis, 19 tahun, terselamat dalam tragedi pada hari kelapan Ramadan itu, kerana masing-masing berada di asrama sekolah dan maktab.

Lima sekeluarga yang meninggal dunia ialah pasangan suami isteri, Encik Mohd Alawi Mohammad, 56 tahun; dan Cik Zaleha Adam @ Ibrahim, 44 tahun; serta tiga anak mereka, Ruby Batrisya, 17 tahun; Ruby Adlina Banin, 14 tahun; dan Ruby Azian Barizah, sembilan tahun.

Mayat suami isteri itu dan seorang anak mereka ditemui dalam bilik air rumah, manakala dua lagi kanak-kanak perempuan ditemukan di luar rumah berkenaan dan dipercayai cuba menyelamatkan diri ketika kejadian.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Encik Fadzli Mohamad Kamal, menzahirkan rasa sedih terhadap kejadian malang yang menimpa Allahyarham Mohd Allawi, yang sempat ditemuinya ketika meninjau bazar Ramadan itu pada hari pertama berpuasa, 19 Februari lalu.

“Ketika itu arwah yang sudah saya kenali sejak lama begitu ceria dan meluru ke arah saya untuk bersalaman. Saya sedih dengan kejadian menimpanya dan keluarga,” katanya, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dong.

Kebakaran itu memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain turut membabitkan tiga kereta dan tiga motosikal yang hangus terbakar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg