Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat patah balik atau dilencong jejas prestasi MAS

Kerajaan M’sia usaha baiki prestasi syarikat penerbangan yang alami pelbagai kegenjotan dek keputusan politik kerajaan terdahulu
Sep 4, 2024 | 4:43 PM
Sedang syarikat penerbangan nasional Malaysia Airilnes (MAS) berdepan isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa masalah teknikal pesawatnya, termasuk terpaksa berpatah balik, MAS memperkenalkan kru kabin Orang Asli pertamanya, Cik Veena Angelina (kiri) dan Cik Sarah Elissa selepas ditemu bual agensi berita, Bernama, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sedang syarikat penerbangan nasional Malaysia Airilnes (MAS) berdepan isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa masalah teknikal pesawatnya, termasuk terpaksa berpatah balik, MAS memperkenalkan kru kabin Orang Asli pertamanya, Cik Veena Angelina (kiri) dan Cik Sarah Elissa selepas ditemu bual agensi berita, Bernama, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto BERNAMA

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) berdepan krisis keyakinan pelanggan yang serius selepas sekurang-kurangnya tujuh penerbangan syarikat itu terpaksa berpatah balik atau dilencongkan sepanjang 2024, atas pelbagai faktor terutama masalah teknikal.

Terbaru, pesawat MAS yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, terpaksa berpatah balik pada awal pagi 2 September, menjadikannya kejadian ketujuh pesawat MAS terpaksa berpatah balik atau dilencongkan.

Malaysia Airport Berhad (MAB) dalam kenyataannya mengesahkan pesawat berkenaan berpatah balik sebagai langkah berjaga-jaga susulan masalah teknikal berkaitan sistem hidraulik.

Pada 3 September, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kerajaan komited menghidupkan semula MAS yang baru-baru ini menghadapi cabaran dari segi operasi.

Datuk Anwar berkata lembaga syarikat penerbangan nasional itu, Khazanah Nasional Berhad, dan kerajaan berdedikasi untuk menyelamatkan syarikat itu melalui “apa jua cara yang munasabah”.

Penumpang pesawat MAS yang dalam perjalanan dari Melbourne, Australia, ke KLIA pada 19 Ogos pula berdepan detik cemas selepas penerbangan itu terpaksa dilencongkan ke Alice Springs akibat masalah enjin di udara.

Pada 4 Ogos, sebuah pesawat MAS yang dalam perjalanan dari KLIA ke Jeddah membawa 259 anggota jemaah dilaporkan terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah teknikal.

Pesawat itu berlegar-legar di ruang udara Malaysia kira-kira dua jam sebelum mendarat di KLIA.

Walaupun kejadian pesawat berpatah balik atau dilencongkan yang berlaku tidak menyebabkan kemalangan jiwa, ia tetap menghakis kepercayaan penumpang terhadap keselamatan mereka serta kewibawaan MAS dalam mengendalikan isu yang menimbulkan risiko pada nyawa penumpang.

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, mengesahkan kekurangan jurutera pesawat dan komponen mekanikal sebagai punca masalah operasi penerbangan MAS.

Seramai 63 jurutera meletak jawatan secara mengejut dari MAB Engineering sejak Januari 2024.

Penghijrahan pekerja mahir MAS dalam penyeliaan, baik pulih dan kejuruteraan pesawat ke syarikat penerbangan lain yang menawarkan gaji lebih lumayan menjejas kelancaran operasi penerbangan MAS yang berdepan masalah teknikal, menyebabkan penumpang terjejas dengan beberapa pembatalan serta kelewatan penerbangan.

SIA Engineering Company (SIA EC), sebuah firma penyelenggaraan pesawat yang dimiliki Singapore Airlines, dikatakan antara syarikat yang menjadi pilihan baru bekas pekerja mahir MAS yang meletak jawatan.

Menurut Encik Loke, MAB telah menyediakan pelan mitigasi, antaranya meningkatkan tahap keselamatan pesawat, mengambil tenaga kerja mahir secara agresif dan mendapatkan bekalan alat ganti enjin pesawat yang mencukupi daripada pengilang peralatan tulen (OEM).

Pelbagai masalah yang melanda MAS turut mendapat perhatian Datuk Anwar yang menjelaskan usaha memulihkan syarikat penerbangan negara itu sedang giat diusahakan.

Namun proses itu mengambil masa lama berikutan banyak ‘kerosakan’ yang perlu diperbaiki.

Beliau berkata usaha untuk menyelamatkan MAS dibincangkan setiap minggu dalam mesyuarat Kabinet dan semua pihak perlu menerima hakikat kemerosotan prestasi MAS disebabkan kesilapan terdahulu akibat keputusan politik tidak telus, sekali gus membuka ruang kepada kroni untuk merosakkan syarikat yang pernah dibanggakan selama ini.

“Memandangkan soal MAS menjadi perbincangan hangat dan bahan media, kadangkala keputusan politik tidak telus dan memberikan peluang kepada satu, dua kroni menjahanamkan syarikat yang dibanggakan negara.

“Kerana kesilapan itu, ia terbeban kepada kita sehingga kini. Jangan padam kenyataan sejarah itu, keputusan dibuat kerana niat dan tindakan mempertahankan beberapa kroni, meminggirkan kepentingan negara dan rakyat,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg