Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Johor tahan 4 lagi lelaki, seorang dituduh berkait kes tembak di Simpang Renggam

Feb 21, 2025 | 1:19 PM
Man Tiger atau nama sebenarnya, Abdurrahman Abdullah, 32 tahun (tengah), didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, Johor, pada 21 Februari, atas tuduhan cubaan membunuh suami isteri dengan melepaskan tembakan di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, Kluang, Johor, dalam kejadian 10 Februari lalu.
Man Tiger atau nama sebenarnya, Abdurrahman Abdullah, 32 tahun (tengah), didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, Johor, pada 21 Februari, atas tuduhan cubaan membunuh suami isteri dengan melepaskan tembakan di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, Kluang, Johor, dalam kejadian 10 Februari lalu. - Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan empat lagi suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes tembakan dan cubaan bunuh sepasang suami isteri di Simpang Renggam, Kluang, dengan seorang lagi suspek lain bagi kes sama telah didakwa di mahkamah pada 21 Februari.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata kesemua individu berusia lingkungan 34 hingga 41 tahun itu ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari, 17 Februari lalu.

Beliau berkata dalam serbuan itu pihaknya turut merampas pistol jenis Sig Sauer berserta kelopak dan sarung berwarna hitam, sepucuk senjata api disyaki tiruan, dua motosikal, dua allen key yang telah diubah suai, beberapa peket plastik lut sinar berisi bahan dipercayai dadah serta enam telefon bimbit.

“Siasatan awal mendapati senjata yang dirampas dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan terbabit, bagaimanapun pihak polis masih menunggu laporan analisis balistik daripada Jabatan Kimia untuk pengesahan.

“Hasil semakan mendapati keempat-empat suspek memiliki pelbagai rekod berkaitan jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing juga mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada 21 Februari, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Kumar berkata dengan penangkapan itu, empat kes jenayah berjaya diselesaikan dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti penglibatan kesemua suspek dengan lain-lain kes. Semua suspek direman hingga 23 Februari ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Datuk Kumar berkata seorang lagi suspek kes sama yang dikenali sebagai Man Tiger, 32 tahun, yang ditahan di Pusat Perdagangan Simpang Renggam pada 10 Februari lalu, telah didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, pada 21 Februari.

Tertuduh atau nama sebenarnya Abdurrahman Abdullah, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan cubaan membunuh suami isteri di Kampung Bukit Batu Machap, Simpang Renggam, dalam kejadian 10 Februari itu.

Tertuduh bersama-sama dua lagi rakan sejenayah yang masih bebas melepaskan tembakan terhadap Cik Dian Yulandi Suboh, 37 tahun dan Encik Ahmad Fadhullah Mohamed, 38 tahun, di Kampung Bukit Batu Machap pada 12.17 tengah hari, 10 Februari.

Berita Harian pada 11 Februari lalu melaporkan, ajal belum tiba buat sepasang suami isteri, walaupun berdepan enam das tembakan dalam cubaan bunuh di kediaman mereka dekat Kampung Bukit Batu Machap itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Penolong Pesuruhjaya Bahrin Mohd Noh, berkata pasangan itu bernasib baik kerana peluru yang ditembak itu tersasar ke sekitar tempat kejadian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg