Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Johor tahan empat lelaki kes samun dan cubaan larikan wanita

May 16, 2024 | 10:42 AM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Selepas kira-kira seminggu diburu, polis berjaya memberkas empat suspek yang dipercayai terbabit dalam satu kejadian kes samun dan cubaan melarikan seorang wanita di Taman Lagenda Putra di sini pada 5 Mei.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee, berkata empat lelaki warga tempatan berusia 21 hingga 40 tahun itu ditahan antara 10.50 pagi hingga 4.50 petang pada 13 Mei lalu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis D9 Kontinjen Johor bersama pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kulai membuat tiga serbuan di tempat berbeza sekitar Johor Bahru dan Kulim, Kedah.

“Hasil serbuan, kita berjaya menahan empat suspek itu yang dipercayai terbabit dengan kes samun dan cubaan melarikan wanita dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu.

“Dalam serbuan itu juga, polis turut merampas sebuah kereta Honda Civic berserta alat kawalan jauh, empat telefon bimbit dan sebuah tablet,” katanya menerusi kenyataan media pada 16 Mei, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semua suspek mengaku mengatur dan merancang untuk melakukan cubaan samun ke atas mangsa.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati semua suspek masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas semua suspek mendapati mereka positif methamphetamine,” katanya.

Encik Tan berkata semua suspek kini direman selama tujuh hari bermula Selasa lalu hingga Isnin depan.

Terdahulu, pada 7 Mei lalu, Encik Tan dalam satu kenyataan media mengesahkan menerima laporan dibuat seorang lelaki yang juga suami kepada mangsa wanita warga tempatan berusia 47 tahun itu.

Pengadu memaklumkan terdengar jeritan isterinya di depan rumah sebelum mendapati wanita itu luka di bahagian bibir, tangan dan kaki.

Hasil siasatan mendapati mangsa telah ditumbuk dan diseret atas jalan raya oleh suspek selain cuba ditarik masuk ke dalam kereta, namun tidak berjaya.

Kejadian menimpa mangsa turut tular di media sosial, namun polis menafikan mangsa cuba dicabul seperti yang didakwa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg