Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis M’sia siasat kewujudan kumpulan ‘sexual grooming’ di media sosial

Oct 28, 2024 | 1:50 PM
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain.
Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain. - Foto FREE MALAYSIA TODAY

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan (grooming) seksual kanak-kanak di media sosial.

Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan dilakukan selepas menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 25 Februari lalu.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (Micac) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Unit Micac D11 sudah mulakan proses risikan dalam talian dan menyalurkan beberapa maklumat suspek kepada pihak SKMM untuk dibuat profiling (pemprofilan) awal sementara risikan dalam talian diteruskan bagi menimbulkan elemen yang lebih kukuh mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

“Bahagian D11 bersama SKMM sedang menjalankan risikan dan siasatan lanjut ke atas maklumat itu,” katanya, lapor portal Free Malaysia Today.

Menteri Komunikasi Malaysia, Encik Fahmi Fadzil, mengesahkan SKMM ada menerima aduan mengenai kewujudan kumpulan pengantunan seksual kanak-kanak di media sosial.

Encik Fahmi berkata SKMM sedang bekerjasama dengan Meta, iaitu konglomerat multinasional dan pertubuhan induk bagi Facebook dan beberapa media sosial lain, dan polis bagi siasatan lanjut.

Sejak 2017, Malaysia sudah menyenaraikan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-kanak sebagai satu kesalahan jenayah.

Di bawah akta itu, pesalah jenayah pengantunan sosial kanak-kanak boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan dikenakan sebatan.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang lebih dikenali dengan jolokan ‘Abang Bas’ membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar, Johor, atas dua tuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap anak saudaranya berusia empat tahun.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, Johor, pada April hingga September lalu.

Lelaki bujang berusia 24 tahun itu turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan memerhati murid perempuan berusia sembilan tahun secara berulang kali di lokasi dan tarikh sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg