Polis M’sia sita, beku aset sindiket pengubahan wang haram RM470j
Polis M’sia sita, beku aset sindiket pengubahan wang haram RM470j
Kes babit rangkaian kesalahan kompleks, termasuk pinjaman wang haram, manipulasi pasaran saham
Mar 31, 2026 | 6:16 PM
Polis M’sia sita, beku aset sindiket pengubahan wang haram RM470j
Ketua Pasukan, Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla) Bukit Aman, Datuk Fazlisyam Abdul Majid, berkata 41 individu dirakam keterangan mereka ketika siasatan itu. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyita dan membekukan aset bernilai lebih RM470 juta ($150 juta) dalam satu kejayaan besar berhubung siasatan berterusan terhadap sindiket pengubahan wang haram yang canggih, menerusi operasi dinamakan, ‘Op Viking’.
Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla) Bukit Aman berkata kes itu, yang dibuka pada Oktober 2025 hasil risikan yang dikumpul sejak 2018, membabitkan rangkaian kesalahan yang kompleks, daripada pinjaman wang haram dan manipulasi pasaran saham sehinggalah kepada pelanggaran pendedahan korporat.
Laporan berkaitan
PKR Johor nafi dakwaan Ahli Parlimen terima RM9.5j Mar 27, 2026 | 1:40 PM
KJ bidas PN sebagai pembangkang tidak berguna perjuang isu semasaMar 26, 2026 | 3:39 PM
Isu ‘mafia korporat’: NGO gesa tubuh suruhanjaya siasatan diraja Mar 13, 2026 | 1:38 PM
Anwar dijangka ketepikan ketua SPRM Azam BakiMar 9, 2026 | 8:00 PM

