SHAH ALAM: Jaringan penyeludupan narkotik bernilai kira-kira RM17.8 juta ($5.76 juta) berjaya dilumpuhkan Polis Selangor, selepas enam warga asing, termasuk tiga wanita, dan seorang lelaki tempatan ditahan dalam operasi berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Ampang, Selangor.

Dalam operasi pada 6, 9 dan 10 Mei lalu itu, enam warga asing berusia 17 hingga 31 tahun ditahan selepas bagasi dibawa mereka dikesan mencurigakan ketika melalui mesin pengimbas di KLIA.