Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis serbu premis pekerja jual senjata tiruan secara ‘live’

Jan 7, 2025 | 11:22 AM
Antara senjata tiruan yang ditemui selepas polis menyerbu premis di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat.
Antara senjata tiruan yang ditemui selepas polis menyerbu premis di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat. - Foto HARIAN METRO

BATU PAHAT: Pekerja sebuah premis yang diserbu polis di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat, mendakwa:

“Kami tidak tahu salah jika menjualnya” selepas didapati menjual senjata tiruan melalui penstriman langsung atau live di media sosial.

Serbuan dilakukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman pada 7 malam 5 Januari dan merampas 155 senjata tiruan pelbagai jenama yang disimpan dalam bilik di tingkat atas premis.

Dalam Ops Bravo Taring (Senjata Tiruan) itu, beberapa pekerja premis cuba membawa keluar senjata tiruan selepas mendapat maklumat premis yang membekalkan peralatan di ibu kota Kuala Lumpur diserbu sehari sebelum itu.

Menurut sumber, polis yang menjalankan risikan sejak sebulan lalu segera mendekati mereka yang ketika itu mahu memindahkan senjata tiruan ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), lapor Harian Metro.

Menurutnya, pemilik premis itu menjual senjata tiruan yang diimport dari China antara harga RM70 ($21.10) dengan RM430 melalui media sosial.

“Senjata itu dijual dalam bentuk set dengan pembeli juga akan mendapat peluru bebola gel.

“Operasi dilancarkan selepas terdapat penjualan secara berleluasa di media sosial yang mana ia satu kesalahan kerana menjual senjata walaupun tiruan.

“Bekalan diperolehi dari pembekal di Kuala Lumpur sebelum diedar ke sini. Maklumat diterima, mereka menjual secara penstriman langsung yang dijalankan dua kali sehari.

“Selepas mereka mendapat tahu ada operasi, mereka berhentikan seketika live itu sejak beberapa hari,” katanya.

Menurut sumber lagi, dalam serbuan itu, polis merampas 155 senapang tiruan pelbagai jenis yang bernilai RM60,000 selain merampas sebuah SUV yang dipercayai digunakan untuk memindahkan barangan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata (Senjata Tiruan) 1960 kerana memiliki senjata yang mana boleh dipenjara sehingga setahun atau denda tidak melebihi RM5,000,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg