Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat dalang sebar bukti CCTV kes pemain bola M’sia disimbah asid

May 24, 2024 | 1:44 PM
simbahan asid
Video yang tular di media sosial pada 23 Mei didakwa memaparkan kejadian simbahan asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, Faisal Halim. Gambar kanan menunjukkan Faisal disimbah cecair dipercayai asid sebanyak dua kali oleh penyerangnya. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid pada 5 Mei yang tular di media sosial sejak 23 Mei, adalah video sebenar kejadian.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagaimana video berkenaan boleh tersebar kerana ia adalah bahan bukti untuk siasatan polis.

Terdahulu katanya, Polis Selangor mengesan video selama 56 saat itu dimuat naik menerusi laman sosial X @OnefootballM pada 23 Mei.

“Video ini adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT Bukit Aman).

“Siasatan telah dimulakan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman CCTV tersebut mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Sehubungan itu katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video terbabit dan harus menghormati dan menjaga sensitiviti mangsa dan keluarga.

“PDRM memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video, sekali gus mengganggu siasatan,” katanya.

Berdasarkan video yang tular itu, kelihatan individu seakan Faisal sedang berjalan menuju ke arah sebuah kenderaan bersama wanita yang dipercayai isterinya.

Beliau kemudian dihampiri seorang individu yang sebelum itu dilihat berdiri di belakang kereta sebelum individu terbabit menghampirinya dari arah belakang.

Faisal dilihat sempat menoleh ke arah individu itu sebelum disimbah dengan cecair yang dipercayai asid.

Individu itu seakan sempat menyimbah cecair itu kali kedua ke arah Faisal sebelum bergegas menaiki motosikal bersama rakannya yang sudah menunggu berhampiran tempat kejadian.

Siasatan mengenai kes serangan ke atas Faisal masih dijalankan pihak polis dan Bukit Aman juga telah mendedahkan gambaran wajah suspek mengikut lakaran fotofit yang berjaya dihasilkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg