Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rafidah tegur ahli politik ‘tabur pasir’ dalam periuk nasi orang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rafidah tegur ahli politik ‘tabur pasir’ dalam periuk nasi orang

Apr 16, 2024 | 12:44 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia akan mundur jika kerajaan tidak melakukan tindakan konkrit untuk membendung isu-isu perpecahan yang diwujudkan dan diburukkan lagi atas tujuan politik peribadi, kata mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.


Kegagalan pihak berkuasa bertindak juga akan memberi gambaran seolah-olah pemimpin Malaysia lemah dan boleh diugut, katanya.

“Malaysia akan dilihat sebagai sebuah negara tanpa kemudi, dipengaruhi oleh Napoleon kecil yang berfikiran sempit, yang memberi gambaran bahawa mereka seolah-olah menguasai pemimpin dalam kerajaan campuran.


“Dunia sedang memerhatikan kita,” tambahnya dalam satu kenyataan kepada portal berita dalam talian, Malaysiakini.


Tan Sri Rafidah juga berkata tidak dinafikan sebahagian besar rakyat Malaysia berhasrat serta berusaha untuk hidup dalam persekitaran yang aman, muhibah dan harmoni.

“Tetapi, dari semasa ke semasa, didorong oleh ego yang melambung tinggi dan terang-terangan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kepentingan yang diandaikan itu, maka ada pihak yang bertindak tanpa mengambil kira akibat negatif, terutamanya perpecahan dalam masyarakat.

“Ia seperti menabur pasir ke dalam periuk nasi orang lain,” tambahnya.

Justeru, beliau berharap kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan mengambil langkah tegas untuk menangani tindakan sedemikian.

Tan Sri Rafidah juga menyifatkan tindakan memecahbelahkan masyarakat itu sebagai batu penghalang kepada perpaduan nasional, yang mengalihkan perhatian dan pembinaan negara kepada usaha “melawan api lalang”.

“Kita dan kerajaan tidak boleh terus-menerus tertekan dan terganggu dengan isu-isu tidak perlu yang dicipta ini, dan sengaja disemarakkan oleh orang yang mempunyai objektif politik peribadi mereka sendiri tetapi dengan mengorbankan rakyat dan negara,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >