Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rafizi perkenal kedai jual makanan, barangan RM5 ke bawah

Oct 28, 2025 | 4:07 PM
Rafizi, kedai, jual, barangan
Mantan Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen (AP) Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, bakal memperkenalkan kedai menjual makanan dan barangan bernilai RM5 ($1.54) ke bawah, dikenali sebagai Fleximart dan Kesum.

Mantan Menteri Ekonomi itu berkata premis perniagaan dengan konsep perusahaan sosial iaitu perkongsian antara penyumbang modal dengan pekerja berkenaan bakal dibuka kepada umum, masing-masing pada 1 dan 8 November ini.

Model perusahaan itu, katanya, membolehkan keuntungan dikongsi antara penyumbang modal, pekerja dengan orang ramai, selain gaji pekerja bergantung kepada pulangan diterima premis berkenaan.

Fleximart akan dibuka di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, manakala Kesum bakal beroperasi di Pandan Indah di sini.

“Fleximart adalah kedai serbaneka yang memberi tumpuan kepada makanan siap saji bernilai RM5 ke bawah dengan barangan runcit lain pada harga rendah.

“Kesum pula adalah kedai makan ‘value-meal’ dengan konsep ‘asal kenyang, sedap dan murah’ bersempena daun kesum dan singkatan kepada kenyang, sedap dan murah.

“Kesum akan menjual sarapan, makanan tengah hari dan malam pada harga di bawah RM5.

“Lebih untung, lebih tinggi gaji pekerja dan keuntungan berkenaan disumbangkan balik supaya harga dapat dikekalkan rendah,” katanya dalam satu kenyataan pada 28 Oktober, lapor Berita Harian Malaysia.

Sementara itu, Datuk Rafizi mengakui tidak tahu sama ada dua daya usaha yang diperkenal melalui inisiatif ‘Ayuh Malaysia’ yang julung-julung kali menggunakan konsep berkenaan mampu menempa kejayaan atau sebaliknya.

“Niat saya ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan serta barangan pada harga lebih murah.

“Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan.

“Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah serta lebih ramai anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri.

“Insya-Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian daripada kru Fleximart dan Kesum pada hari berkenaan,” kata mantan Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg