Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rafizi umum letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi M’sia berkuat kuasa 17 Jun

May 28, 2025 | 2:09 PM
Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli, mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa dari 17 Jun 2025.

Bermula dari 28 Mei, beliau akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.

“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR (Parti Keadilan Rakyat) baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.

“Seperti mana amalan di negara-negara yang menitik berat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini.

“Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada 28 Mei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg