Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat Malaysia rompak emas RM1.17 juta di Thailand diburu PDRM kerana kes bunuh

Apr 14, 2025 | 3:31 PM
Ketua Polis Malaysia Tan Sri Razarudin Husain.
Ketua Polis Malaysia Tan Sri Razarudin Husain. - Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand selepas merompak sebuah kedai emas di Hat Yai dengan nilai RM1.17 juta ($350,000), mempunyai 10 rekod jenayah lampau serta dikehendaki atas dua kes jenayah berat di Malaysia.

Lelaki berusia 62 tahun dikenali sebagai Yee Boon Long, berasal dari Kulim, Kedah itu, dikesan mempunyai dua rekod dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes bunuh dan Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, yang mengesahkan kedudukan itu berkata siasatan terhadap kes jenayah yang dilakukan lelaki terbabit di Malaysia sedang diperhalusi sebelum sebarang tindakan ekstradisi dilaksanakan.

“Buat masa ini, kita serahkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk menjalankan siasatan ke atas suspek yang ditahan selepas menyamun sebuah kedai emas di Hat Yai.

“Suspek kini ditahan di lokap Hat Yai dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu. PDRM sedang teliti rekod kes di Malaysia sebagai langkah awal ke arah proses ekstradisi,” katanya ketika dihubungi pada 14 April.

Tan Sri Razarudin berkata suspek dikesan tidak lagi menetap di Malaysia dan dipercayai menyembunyikan identiti menggunakan dokumen palsu.

“Hasil pemeriksaan mendapati dia memiliki kad pengenalan palsu Thailand. Tiada MyKad atau pasport Malaysia ditemui semasa tangkapan dilakukan,” katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Thailand mengesahkan penahanan suspek di daerah Nonthaburi, Bangkok, pada 9 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Siasatan Bahagian Ke-6, Kolonel Polis Anusorn Thongsai, berkata lelaki itu dipercayai bertindak bersendirian ketika melakukan rompakan bersenjata di Plaza Hat Yai pada 11.50 pagi, sehari sebelum diberkas.

Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal ke lokasi kejadian dan melarikan diri dengan bas ke stesen Mochit, Bangkok, sebelum cuba menuju ke rumah anaknya di Nonthaburi dengan menaiki teksi.

Dia akhirnya ditahan kira-kira 6.30 petang waktu tempatan dengan beberapa barangan bukti, termasuk emas, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru.

Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap serta memperketat kawalan di sempadan negara bagi menghalang sebarang cubaan suspek melarikan diri keluar dari Thailand.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg