Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja dituduh bunuh kanak-kanak Orang Asli di Perak

Aug 27, 2024 | 1:38 PM
Remaja lelaki berusia 17 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Siput di Perak atas tuduhan membunuh kanak-kanak Orang Asli yang juga saudara terdekatnya, Nuraina Humaira Rosli, 10 tahun, pada 16 Ogos.
Remaja lelaki berusia 17 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Siput di Perak atas tuduhan membunuh kanak-kanak Orang Asli yang juga saudara terdekatnya, Nuraina Humaira Rosli, 10 tahun, pada 16 Ogos. - Foto ASTRO AWANI

SUNGAI SIPUT (Perak): Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun didakwa di Perak pada 27 Ogos atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak Orang Asli perempuan berusia 10 tahun pada 16 Ogos.

Tertuduh, yang juga saudara terdekat mangsa, Nuraina Humaira Rosli, hanya mengangguk faham ketika tuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Majistret Sungai Siput.

Tiada pengakuan direkod kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Astro Awani.

Remaja Orang Asli itu dikenakan tuduhan bunuh hingga menyebabkan kematian murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu di kawasan berpaya Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput antara 2.30 dengan 5 petang pada 16 Ogos.

Mahkamah menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan kimia, ujian asid deoksibonukleik (DNA), patalogi dan laporan prestasi pelajar.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan bahawa suspek ditangkap pada 19 Ogos selepas laporan bedah siasat ke atas mangsa menunjukkan ada kesan koyakan pada kemaluan dan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher.

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan lembam (lemah dalam pelajaran), dirogol sebelum dibunuh.

Mayat Nuraina Humaira ditemui sekitar 4.20 petang pada 17 Ogos hasil operasi mencari selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sehari sebelumnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg