Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja hilang dipercayai dibunuh: Tiga termasuk teman lelaki, anggota keluarga ditahan

Dec 31, 2024 | 3:03 PM
Remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15 tahun, yang dilaporkan hilang pada 20 Disember lalu dipercayai menjadi mangsa pembunuhan selepas polis menemui mayat reput di sebatang sungai dekat Banting, Selangor. 
Remaja perempuan, Yap Xin Yuan, 15 tahun, yang dilaporkan hilang pada 20 Disember lalu dipercayai menjadi mangsa pembunuhan selepas polis menemui mayat reput di sebatang sungai dekat Banting, Selangor.  - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Penemuan mayat reput di sebatang sungai dekat Banting, Selangor, pada 30 Disember lalu, dipercayai mangsa pembunuhan dan ada kaitan dengan kes kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang, Selangor, pada 19 Disember lalu.

Polis percaya ia berkait dengan kes laporan kehilangan Yap Xin Yuan, 15 tahun, yang diterima di Balai Polis Batu 9, Cheras, Selangor, pada 2.15 pagi, 20 Disember lalu, sebelum usaha mencari mangsa dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata mayat berkenaan ditemukan dalam keadaan sudah reput, tidak sempurna termasuk pada bahagian mukanya sehingga sukar untuk dikenal pasti dan tersangkut di perangkap sampah sungai Rancangan Tanah Baharu (RTB) Bukit Changgang, Banting.

Beliau berkata menyusuli penemuan mayat berkenaan, tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan itu dan dua anggota keluarganya, ditahan polis.

“Ketiga-tiga suspek berusia 16, 20 dan 51 tahun, membabitkan teman lelaki serta dua ahli keluarganya, yang ditahan semalam direman sehingga 5 Januari bagi membantu siasatan.

“Berikutan penemuan (mayat) ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengklasifikasikan semula siasatan kertas inkuiri orang hilang kepada siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan, lapor Harian Metro.

Yap sebelum ini dilaporkan hilang selepas berlatih tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11 Cheras pada 19 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya Naazron Abdul Yusof, dilaporkan berkata keluarga yang menyedari mangsa tidak pulang ke rumah, membuat laporan polis pada 20 Disember.

Menurut beliau, keluarga memaklumkan mangsa berlatih tarian singa di gelanggang bola keranjang terbabit dan sepatutnya terus pulang, namun sehingga 10.30 malam, mangsa tidak pulang ke rumah.

Datuk Hussein berkata pihak polis masih menunggu keputusan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan identiti mangsa tersebut.

“Mayat yang dijumpai di RTB Sungai Changgang telah reput dan tidak dikenal pasti melalui pengecaman fizikal dan posmortem (bedah siasat) telah dijalankan di Hospital Banting,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg