Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes culik budak 6 tahun di JB: Lelaki didakwa atas 15 tuduhan

Aug 8, 2024 | 3:24 PM
Penganggur, Leang Win Son, 31 tahun (tengah), dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan satu lagi di Mahkamah Majistret Kulai, Johor, atas 15 tuduhan termasuk penculikan, kurungan salah dan serangan seksual ke atas kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, yang diculik pada 20 Julai lalu.
Penganggur, Leang Win Son, 31 tahun (tengah), dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan satu lagi di Mahkamah Majistret Kulai, Johor, atas 15 tuduhan termasuk penculikan, kurungan salah dan serangan seksual ke atas kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, yang diculik pada 20 Julai lalu. - Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan di Johor, atas 15 tuduhan membabitkan penculikan, kurungan salah dan serangan seksual ke atas kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, pada Julai lalu, selain mengumpul dan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Tertuduh, Leang Win Son, 31 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan tuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Cik Rasidah Roslee, lelaki itu itu didakwa menculik mangsa daripada penjagaan ibunya di Eco Galleria, Taman Botani, Iskandar Puteri, Johor Bahru, kira-kira 8.30 malam, 20 Julai lalu.

Di mahkamah itu juga, tertuduh didakwa telah membuat pengurungan salah ke atas kanak-kanak itu di sebuah hotel murah di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor, kira-kira 4.45 pagi, 23 Julai lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

Di Mahkamah Sesyen berasingan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman, tertuduh menghadapi enam lagi tuduhan yang mana empat daripadanya, dia didakwa mengumpul sebanyak 5,317 gambar dan video iaitu bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam kad SD, cakera keras dan telefon bimbit di sebuah rumah di Taman Sri Kulai, Kulai, Johor, pada 24 Julai lalu.

Tertuduh yang masih bujang juga hadapi dua lagi tuduhan iaitu memiliki bahan lucah kanak-kanak berupa 30 keping gambar penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dalam telefon bimbit dan melakukan serangan seksual bukan fizikal dengan membuatkan seorang kanak-kanak menunjukkan badan dengan cara membuka pakaian mangsa dalam bilik hotel di Hulu Selangor.

Dua mahkamah itu kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan jumlah keseluruhan RM50,000 ($14,828) serta beberapa syarat tambahan lain.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 September depan bagi serahan dokumen.

Ibu kanak-kanak mangsa penculikan itu yang berusia 37 tahun dilihat turut hadir bersama rakannya dan berada di tempat duduk orang awam dalam mahkamah.

Selesai prosiding di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai, Johor, untuk hadapi tujuh lagi tuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana memiliki bahan lucah.

Dalam kejadian pada 20 Julai lalu, mangsa disedari hilang oleh ibu bapanya yang berniaga di Festival Bon Odori dekat pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, kira-kira 8.30 malam.

Selepas tidak ditemui, ibu bapa kanak-kanak itu membuat laporan polis pada 12.30 tengah malam, 21 Julai lalu, sebelum operasi mencari dan menyelamatkannya dilancarkan polis.

Polis kemudian menahan tiga individu termasuk seorang wanita pada 1.30 petang, 22 Julai lalu, sebelum seorang lagi wanita ditahan kira-kira 12.15 tengah malam, pada 23 Julai.

Leang adalah individu kelima yang ditahan kira-kira 4.45 pagi, 23 Julai lalu, di sebuah hotel murah dekat Batang Kali, Selangor, ketika polis berjaya menjumpai kanak-kanak perempuan berkenaan di lokasi terbabit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg