Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringgit naik, harga emas meningkat, ramai cuba raih untung

Aug 15, 2024 | 1:13 PM
Orang ramai mengambil kesempatan ketika ringgit mengukuh ketika ini untuk jual beli emas.
Orang ramai mengambil kesempatan ketika ringgit mengukuh ketika ini untuk jual beli emas. - Foto KEDAI EMAS SRI TEMASEK

KUALA LUMPUR: Pengukuhan nilai ringgit, yang semakin meningkat ketika ini, memberi kesan kepada harga emas, sekali gus meningkatkan kecenderungan orang ramai menjual barang kemas mereka bagi meraih keuntungan.

Seorang pemilik kedai barang kemas di Georgetown, Pulau Pinang, Encik Riyaz Mohd Shaul Hameed, 41 tahun, berkata harga emas meningkat daripada kira-kira RM300 ($89.34) segram awal 2024 kepada RM380 pada akhir Julai, tetapi sejak itu ia turun kepada kira-kira RM340 segram.

“Perubahan sangat drastik pada 2024. Apabila harga (emas) meningkat, lebih ramai orang menjual koleksi barang kemas mereka.

“Memandangkan emas dianggap sebagai aset yang boleh dilaburkan, pelanggan yang menjual mungkin tidak semestinya memerlukan wang, tetapi mereka melihatnya sebagai peluang untuk memperoleh keuntungan,” katanya, lapor The Star.

Berdasarkan fakta, kebiasaannya ialah apabila barangan emas lama dijual kepada kedai, pekedai emas akan menawarkan harga belian kira-kira 20 peratus lebih rendah daripada harga di pasaran semasa.

Seorang lagi pemilik kedai barang kemas, Encik Jack Lee, 35 tahun, yang menerima tukar beli emas, berkata beliau berisiko mengalami kerugian lebih besar apabila harga emas turun. Ini kerana beliau bukan pengilang tetapi peniaga yang membeli emas sama seperti pelanggan lain, cuma dalam jumlah lebih besar.

“Jika saya membeli barangan kemas ketika kadarnya tinggi, saya berisiko apabila nilai emas jatuh,” katanya di kedainya di Komtar, Pulau Pinang.

Mujurlah, kata Encik Lee, sejarah telah membuktikan harga emas semakin meningkat dari semasa ke semasa dan mereka yang mampu memilikinya akan meraih manfaat pada jangka panjang.

“Kira-kira 25 tahun lalu, sekeping jongkong emas seberat 10 gram pernah berharga RM300 dan kira-kira 10 tahun lalu ia meningkat kepada RM1,700. Hari ini, ia adalah RM4,050 untuk berat yang sama,” katanya.

Seorang peniaga barang kemas terpakai, Encik Lee Theam Loong, 55 tahun, berkata beliau menerima jumlah pelanggan yang tinggi pada Mac, April dan Mei, tetapi berkurangan pada Jun dan Julai.

“Sebagai peniaga yang menjual barang kemas terpakai, harga saya lazimnya 6 peratus hingga 7 peratus lebih rendah daripada emas baru kerana tiada kos pembuatan tambahan.

“Pada kadar jualan RM345 segram, ramai pelanggan sanggup berbelanja lebih sedikit untuk menukar barang kemas lama mereka dengan yang baru,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg