Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada 12 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Spekulasi rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pada 12 Dis

Dec 11, 2023 | 06:53 PM



PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi spekulasi hangat di Malaysia sebelum ini, dijangka menjadi kenyataan pada Selasa, 12 Disember.


Ia diperkuatkan dengan satu Istiadat Angkat Sumpah Menteri yang dijadual berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur, kira-kira 3 petang pada 12 Disember.

Portal Astro Awani melaporkan, menurut sumber kuat dari Putrajaya, beberapa menteri akan ditukar portfolio dan Jabatan Wilayah Persekutuan akan kembali dinaik taraf menjadi Kementerian.

Bagaimanapun, difahamkan rombakan itu tidak akan melibatkan lebih dari enam orang, dengan tumpuan kepada beberapa kementerian termasuk jawatan Menteri Kewangan Kedua.


Menurut laporan itu, turut dinantikan ialah pengganti portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang kosong berikutan penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayob, meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Berdasarkan sumber tertinggi di Putrajaya, beberapa pemimpin yang pernah menjawat jawatan menteri sebelum ini dijangka kembali membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sumber sama turut memaklumkan kemungkinan pemimpin teknokrat bakal diserap ke dalam Kabinet Perpaduan Kerajaan Madani.

Dalam pada itu, akhbar The Star pada 11 Disember turut melaporkan, pengumuman rasmi mengenai rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dibuat sebelum angkat sumpah pada 3 petang.


Rombakan Kabinet ini berlaku setahun selepas kerajaan Perpaduan – gabungan blok politik Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah dan Gabungan Parti Sarawak – diketuai Datuk Anwar sebagai Perdana Menteri berkuasa.

Ia dijangka membantu mengukuhkan kerajaan Madani kerana beberapa menteri telah mendapat kecaman rakyat berikutan prestasi kurang memuaskan dalam menangani pelbagai isu terutama ekonomi dan kos sara hidup, sepanjang setahun Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Datuk Anwar dalam sesi Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri pada 5 Disember lalu dilaporkan berkata rombakan Kabinet perlu sekiranya prestasi menteri dilihat meleset atau wujudnya keadaan lain yang menuntut.


Bagaimanapun kata Datuk Anwar, tidak adil untuk Jemaah Menteri dinilai hanya dalam waktu setahun kerana tempoh itu dianggap terlalu awal.

“Rombakan itu perlu sekiranya prestasi menteri meleset ataupun keadaan lain yang menuntut. Umpamanya kita ini terbentuk dengan koalisi (gabungan).

“Jadi, rundingan perlu diadakan. Penyertaan harus setimpal dengan kekuatan parti masing-masing,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada 1 Disember lalu, Datuk Anwar ketika menyantuni seorang kanak-kanak berusia 12 tahun usai solat Jumaat di Putrajaya, secara berseloroh berkata rombakan Kabinet kerajaan Perpaduan kemungkinan dibuat sebelum penghujung 2023.

Berita Harian pada 27 September lalu juga pernah melaporkan perbincangan rombakan Kabinet semakin rancak dan sumber dalam kerajaan percaya bahawa perubahan pada barisan menteri mungkin berlaku. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >