Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekali air bah... penduduk di pantai Timur terasa kesannya

Kerajaan M’sia hulur bantuan segera RM1 bilion bagi kerja baik pulih kerosakan awam
Dec 29, 2024 | 3:20 PM
Pemandangan dari udara menunjukkan situasi banjir terkini di Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus, Terengganu, yang mula dinaiki air berikutan hujan lebat pada lewat November dan awal Disember lalu.
Pemandangan dari udara menunjukkan situasi banjir terkini di Taman Desa Tanjung Damai, Kuala Nerus, Terengganu, yang mula dinaiki air berikutan hujan lebat pada lewat November dan awal Disember lalu. - Foto BERNAMA

Bencana banjir besar melanda Malaysia yang disifatkan terburuk dalam tempoh 10 tahun berlaku sepanjang November dan Disember.

Paling teruk terjejas adalah dua negeri di pantai Timur – Kelantan dan Terengganu.

Keadaan dilaporkan semakin reda.

Bagi lebih 200,000 mangsa, mereka agak terjejas melihat kemusnahan harta benda dan tempat berteduh.

Pada masa sama, di sebalik kisah sedih sepanjang tempoh banjir buruk kali ini, terselit kisah inspirasi yang melambangkan penyatuan dan nilai ihsan tinggi dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sejak bermulanya bencana itu, banyak pertubuhan sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian menggerakkan misi bantuan untuk mangsa banjir.

Walaupun bukan sedarah sedaging yang ditimpa bencana dan kesusahan, tetap ramai yang prihatin dan datang membantu mangsa bencana. Bantuan datang tanpa mengira warna kulit, agama dan bangsa.

Ini termasuklah pempengaruh dan usahawan popular Malaysia, Encik Khairul Aming, yang menggerakkan misi bantuan banjir untuk puluhan ribu mangsa di Kelantan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengongsi mengenai seorang peniaga bangsa Cina yang mengumpulkan sekitar 10 lori besar barang bantuan berupa makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Saban tahun Malaysia dilanda banjir besar, namun rakyat Malaysia tetap bersatu hati dan saling membantu. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Dianggarkan gelombang pertama banjir yang melanda sembilan negeri di Malaysia pada lewat November hingga awal Disember telah memusnahkan kediaman, harta benda dan tanaman, dengan bantuan segera RM1 bilion ($300 juta) diperuntukkan kerajaan untuk kerja baik pulih kerosakan awam akibat bencana itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg