Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sifat pemurah pempengaruh Khairul Aming ke atas pekerjanya dikagumi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sifat pemurah pempengaruh Khairul Aming ke atas pekerjanya dikagumi

Apr 03, 2024 | 02:50 PM



Pempengaruh media sosial dan pengusaha Sambal Nyet yang popular di Malaysia dan Singapura, Encik Khairul Aming, menarik perhatian dan pujian ramai selepas berkongsi video meraikan kakitangannya dengan menaja persiapan menyambut Aidilfitri.


Menerusi video yang dimuat naik di platform media sosial miliknya, Encik Khairul bukan saja membawa seramai 100 pekerjanya berbuka puasa istimewa di hotel, bahkan menaja perbelanjaan barangan dapur keluarga mereka selain keperluan serta kelengkapan Aidilfitri.

Malah, pekerjanya juga tersenyum lebar apabila dihadiahkan bonus wang tunai yang dianggarkan ribuan ringgit setiap seorang, berdasarkan perkongsian pada video berkenaan.

Sifat pemurah dan dermawan yang ditonjolkan Encik Khairul itu mengundang rasa kagum di kalangan orang ramai terutama pengguna laman sosial, yang masing-masing mencemburui keberuntungan kakitangan personaliti itu.

“Kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 staf (pekerja). Kita bawa semua beli baju Raya, beli barang dapur untuk persiapan Raya dengan keluarga, bagi bonus duit Raya dan juga buka puasa dekat hotel.


“Lepas Raya nanti kita pergi bercuti pula,” kongsi Encik Khairul di Instagram yang meraih lebih 379,000 tanda suka di samping lebih 16,000 komen.

Dalam perkongsiannya, Encik Khairul tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang tidak jemu memberi sokongan terhadap perniagaannya sejak beberapa tahun lalu.

Pengikutnya turut meninggalkan pelbagai komen positif antaranya:

“Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi... tahniah. Semoga terus maju!” tulis Dr Harlina, isteri kepada angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. “Terbaikkkk,” komen penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Encik Khairul adalah seorang pempengaruh yang dilihat sentiasa memberikan pengaruh positif kepada orang ramai di media sosial dengan melakukan pelbagai kebaikan.

Anak jati Kelantan itu pernah dinobatkan sebagai pemenang sulung Anugerah Tik Tok Malaysia 2023, malah melakar pelbagai kejayaan dalam perniagaannya.

Baru-baru ini, beliau mencipta rekod jualan terpantas produk keduanya, Dendeng Nyet Berapi, sebanyak RM1.2 juta ($0.34 juta) di TikTok Shop Malaysia, dengan 80,000 unit dendeng habis terjual dalam masa 3 minit 39 saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >