Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM akan rakam keterangan bekas menantu mantan PM Ismail Sabri

May 26, 2025 | 3:13 PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka merakamkan keterangan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, iaitu bekas menantu Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Jun 2025.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka merakamkan keterangan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, iaitu bekas menantu Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada Jun 2025. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka merakam keterangan pereka fesyen terkenal Kuala Lumpur, Datuk Jovian Mandagie, yang juga mantan menantu Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan terhadap pemilikan aset membabitkan pemimpin itu.

Proses mengambil keterangan berkenaan akan dilakukan di Jakarta, Indonesia, tempat Datuk Jovian menetap, pada awal bulan Jun.

“Beliau belum diambil keterangan, namun tarikh untuk tindakan berkenaan sudah diatur,” kata sumber SPRM, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM mengesahkan perkara itu kepada BHM, namun meminta menunggu pengesahan rasmi oleh SPRM.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan pihaknya akan merakam keterangan Datuk Jovian yang juga bekas suami kepada anak sulung Datuk Ismail Sabri.

Datuk Ismail Sabri sebelum ini beberapa kali hadir di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan mengenai kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Ia membabitkan perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program, Keluarga Malaysia, semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Tan Sri Azam ketika itu berkata siasatan dibuat susulan arahan supaya Datuk Ismail Sabri membuat pengisytiharan harta mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg