Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM nafi dakwaan tak siasat kes Anwar

Jan 25, 2024 | 11:38 AM
DAKWAAN TIDAK BENAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa agensi itu tidak menjalankan siasatan terhadap laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu pembangkang memiliki RM3 bilion ($0.85 juta) dalam lebih 20 akaun bank pada 1999.
DAKWAAN TIDAK BENAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa agensi itu tidak menjalankan siasatan terhadap laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu pembangkang memiliki RM3 bilion ($0.85 juta) dalam lebih 20 akaun bank pada 1999. - Foto SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya ada menjalankan siasatan terhadap akuan bersumpah (SD) mantan Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya pada 24 Januari, agensi berkenaan yang ketika itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Datuk Anwar susulan akuan bersumpah Datuk Abdul Murad yang dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.

Kira-kira 24 tahun lalu, Datuk Abdul Murad mendakwa Datuk Anwar, yang ketika itu pembangkang, memiliki RM3 bilion ($0.85 juta) dalam lebih 20 akaun bank.

“Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan BNM termasuk di dalam dan luar negara seperti Britain dan Singapura. Hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Datuk Anwar.

“Sehubungan itu, enam kertas siasatan tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan Pejabat Peguam Negara telah memutuskan tiada tuduhan dikenakan ke atas mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Kenyataan itu sekali gus menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa BPR tidak bertindak terhadap laporan itu dan turut menjelaskan SPRM memandang serius kenyataan dibuat mantan Perdana Menteri itu dalam sidang medianya pada 22 Januari yang disifatkan sebagai tohmahan.

“Tun Mahathir telah membuat tohmahan bahawa SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap perkara yang dibangkitkan dalam akuan bersumpah mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Justeru, SPRM menekankan dakwaan BPR/SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Datuk Anwar berhubung SD Datuk Abdul Murad adalah tidak benar sama sekali.

“Malah perkara tersebut berlaku semasa kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam sidang medianya mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Datuk Abdul Murad berhubung SD dibuatnya pada 1999.

“Anwar, Ahmad Zahid (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) tidak boleh disiasat,... Anwar dihadapkan dengan tuduhan oleh Abdul Murad, namun yang saya tahu tiada siasatan,” dakwanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg