SPRM siasat firma guaman antarabangsa berhubung dana 1MDB

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM siasat firma guaman antarabangsa berhubung dana 1MDB

Setakat ini RM31.19b daripada RM42b dana IMDB yang diselewengkan telah berjaya dikembalikan
Jan 27, 2026 | 1:57 PM

SPRM siasat firma guaman antarabangsa berhubung dana 1MDB

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SPRM, 1MDB, siasat, dana
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Sebuah firma guaman antarabangsa kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mengesahkan siasatan itu menyasarkan cawangan firma tersebut di Britain.

Siasatan ini dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“SPRM kini menjalankan siasatan terhadap sebuah firma guaman antarabangsa yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB di bawah kesalahan yang diperuntukkan dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

“Tumpuan siasatan SPRM adalah terhadap cawangan Britain firma guaman antarabangsa berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen, lapor Berita Harian Malaysia.

Bagaimanapun, Datuk Azalina menjelaskan butiran siasatan selaras dengan subseksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Encik Lim Lip Eng (Pakatan Harapan-Kepong) yang meminta menteri mendedahkan butiran siasatan tersebut.

Datuk Azalina turut menegaskan bahawa SPRM kekal komited untuk melaksanakan tugasnya secara bebas, telus dan profesional selaras dengan undang-undang.

SPRM sebelum ini dilaporkan sedang mengesan baki kira-kira RM12 bilion ($3.85 bilion) daripada RM42 bilion dana IMDB yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata setakat ini, nilai aset keseluruhan RM31.19 bilion telah berjaya dikembalikan kepada Malaysia daripada dana 1MDB itu.

Beliau optimis agensi anti-rasuah itu dijangka dapat memulihkan sekitar RM5 bilion lagi tidak lama lagi.

“Keseluruhan dana 1MDB yang diseleweng dan dikesan adalah sekitar RM42 bilion dan kita sudah berjaya memulihkan dana termasuk aset sekitar RM30 bilion.

“Jadi bermakna ada lagi baki RM12 bilion, namun kita jangkakan akan memperoleh sekitar RM5 bilion lagi,” katanya.

Pada 26 Disember 2025, bekas Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak, dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion, selepas didapati bersalah terhadap tuduhan berkait penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Hakim Mahkamah Persekutuan yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Encik Najib bersalah terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg