Sultan Ibrahim perlu rehat, sakit otot, tulang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Ibrahim perlu rehat, sakit otot, tulang

Feb 27, 2026 | 2:50 PM

Sultan Ibrahim perlu rehat, sakit otot, tulang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sultan Ibrahim, Yang Di-Pertuang Agong, gering
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim. - Foto fail

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, sedang gering berikutan kesakitan musculoskeletal yang melibatkan otot dan tulang di bahagian belakang badan serta pinggul.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Istana Negara dalam satu kenyataan pada 27 Februari, yang turut menyatakan pakar perubatan menasihatkan Sultan Ibrahim agar berehat.

“Sultan Ibrahim dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak menghadirkan diri ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan,” kata kenyataan itu.

Berikutan keadaan kesihatannya itu, Sultan Ibrahim tidak dapat menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan pegawai kanan kerajaan yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 25 Februari.

“Selain itu, majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) oleh Sultan Ibrahim pada 26 Februari juga telah ditangguhkan ke satu tarikh lain.

“Sultan Ibrahim akan kembali berangkat ke majlis rasmi sebaik kesihatannya beransur pulih,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Datuk Anwar dalam hantaran Facebook, mendoakan kesihatan Sultan Ibrahim.

“Mendoakan semoga Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta terus sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah,” tulisnya.

Sekitar setahun lalu (2025), Sultan Ibrahim dengan diiringi dua puteranya, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar, berangkat ke luar negara pada 7 Februari 2025, bagi menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal itu.

Sultan Ibrahim yang selamat menjalani rawatan kemudian pulang ke Malaysia pada 21 Februari.

Kesakitan yang dialami Sultan Ibrahim itu berlaku akibat latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif yang dijalaninya kerana gemar bersukan sewaktu muda terutama bermain polo.

Pada 2023, Sultan Ibrahim pernah menjalani pembedahan pada bahu kanan akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2), Kuala Lumpur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg