Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tahanan larikan diri dari lokap Kota Kinabalu, ditangkap semula

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tahanan larikan diri dari lokap Kota Kinabalu, ditangkap semula

Dec 20, 2023 | 06:07 PM



KOTA KINABALU: Seorang tahanan yang melarikan diri dari sebuah lokap di Sabah, telah ditangkap semula pada 18 Disember.


Tahanan dikenali sebagai Nazry Hassan, 33 tahun, dipercayai melarikan diri dari Lokap Berpusat Kepayan, di Kota Kinabalu tengah hari 16 Disember, dengan memanjat pintu jeriji lokap ketika diiring seorang anggota petugas lokap ke bilik siasatan bagi tujuan soal siasat.

Menukil laporan media tempatan, Nazry ditangkap semula oleh sepasukan polis di kawasan paya bakau di Tuaran, tengah hari 18 Disember, semasa bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Shahurinain Jais dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memberkas suspek kira-kira pukul 11.50 pagi.

Polis menjalankan operasi mengesan dan mencari suspek susulan kejadian itu.

Insiden itu menjadi tular menerusi beberapa video rakaman kamera litar tertutup lokap itu yang dimuat naik di media sosial.

Dalam video itu, tahanan tersebut yang hadir bersama lagi dua orang tahanan lain, melarikan diri dengan memanjat jeriji ketika petugas lokap sedang membuka pintu satu lagi ruang yang hendak dibawa masuk ketiga-tiga tahanan itu.

Ketiga-tiga tahanan itu dilihat sedang menunggu di luar sebuah pintu jeriji semasa kakitangan lokap itu membuka pintu di dalamnya.







Sedang pegawai tersebut sibuk berbuat demikian, Nazry, dipercayai tahanan yang terletak paling kanan dalam kumpulan itu, tiba-tiba memecut dan memanjat pintu jeriji itu dengan pantas.

Apabila itu berlaku, kedua-dua tahanan lain dilihat mendekati petugas lokap tersebut dan pegawai itu kemudian keluar dari pintu jeriji itu dan mendapati Nazry dipercayai sudah memanjat tinggi.

Video berlangsung 35 saat itu berakhir selepas petugas lokap berkenaan meminta dua tahanan lain itu masuk ke dalam kawasan pintu jeriji dan membuka sebuah pintu di dalam ruang itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain pada 16 Disember, berkata kepada Harian Metro, tahanan dipercayai memanjat pintu jeriji lokap mengikut tingkap di ruang senaman.


“Seterusnya tahanan keluar dari bangunan lokap dan memanjat pagar luar lokap sebelum melarikan diri.

“Petugas lokap mengejar namun gagal apabila tahanan berlari laju ke kawasan belukar berhampiran,” katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >