Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tak benar dakwaan 14 AP Umno akan tarik sokongan terhadap kerajaan M’sia

Mar 18, 2025 | 11:47 AM
Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kiri) dalam program bersama penuntut Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di Nilai, Negeri Sembilan, pada 17 Mac.
Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kiri) dalam program bersama penuntut Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di Nilai, Negeri Sembilan, pada 17 Mac. - Foto FACEBOOK ZAMBRY ABD KADIR

NILAI (Negeri Sembilan): Dakwaan bahawa 14 Ahli Parlimen (AP) daripada Umno menarik sokongan daripada Kerajaan Madani seperti tersebar di media sosial adalah satu usaha mengganggu gugat kestabilan kerajaan ketika ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata dakwaan itu tidak benar dan jika ia benar berlaku, beliau sepatutnya lebih tahu jika ada gerakan tidak sihat seperti itu dalam kalangan ahli parti.

“Jadi jangan kita dengar, ini cuma mainan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu dalam usaha mereka untuk merungkaikan perpaduan dan ketahanan yang ada dalam kalangan AP BN yang sekarang ini begitu baik dan mantap bersama di dalam kerajaan ini,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika ditemui sejurus Majlis Peluncuran Inisiatif Penilaian dan Pelaporan Tahap Asas Kompetensi Bakat (BeSTARI) di Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di Nilai, Negeri Sembilan, pada 17 Mac.

Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial bahawa 14 AP Umno akan menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, ada pihak turut mendakwa bahawa tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap mantan Perdana Menteri daripada Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dibuat menyusuli gerakan itu diketahui kerajaan.

Dakwaan mengenai usaha dan gerakan untuk AP Umno menarik sokongan terhadap kerajaan telah beberapa kali kedengaran sejak 2023, namun sehingga kini ia tidak lebih sekadar khabar angin.

Pada Disember 2023 pula, Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) mendakwa wujud gerakan terbaru dirancang bagi menjatuhkan kerajaan Datuk Anwar, yang didalangi pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan.

Ketika itu Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) J-Kom, Encik Ismail Yusop (kini Ketua Pengarah), dilaporkan berkata rancangan tersebut yang digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang, Perikatan Nasional (PN) – termasuk daripada pihak kerajaan yang dibuat di ibu kota Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau mendakwa satu pertemuan diadakan semasa lawatan itu untuk memberikan tugas khusus kepada ‘pegawai’ yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti AP yang berpotensi mengalih sokongan kepada pembangkang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg