Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tengku Zafrul dinasihat tidak buat keputusan tergesa-gesa keluar Umno

Mar 13, 2025 | 10:55 AM
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri), mengesahkan Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan hasrat keluar daripada parti itu dalam pertemuan bersama beliau.
Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri), mengesahkan Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan hasrat keluar daripada parti itu dalam pertemuan bersama beliau. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan hasrat untuk keluar daripada parti itu dalam pertemuan bersama beliau minggu lalu.

Bagaimanapun, Datuk Ahmad Zahid berkata beliau memaklumkan kepada Tengku Zafrul bahawa Ketua Bahagian Umno Kota Raja itu tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan mengenai perkara terbabit.

Datuk Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa Tengku Zafrul masih ahli Umno.

“Saya memberikan pandangan parti bahawa beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan sekarang kerana beliau ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Ketua Umno Bahagian Kota Raja dan ahli MKT yang dipilih dan menang, jadi tidak perlu tergesa-gesa.

“Dalam keadaan itu, beliau bersetuju dengan saya dan insya-Allah, setakat hari ini beliau masih lagi ahli Umno,” jelasnya, lapor Berita Harian Malaysia.

Datuk Ahmad Zahid berkata demikian kepada wartawan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada 12 Mac.

Pada 9 Februari, Tengku Zafrul dilaporkan akan mengumumkan keputusan ura-ura beliau akan meninggalkan Umno dalam tempoh terdekat selepas berjumpa Datuk Ahmad Zahid.

Tengku Zafrul berkata beliau akan menemui Presiden Umno itu bagi membincangkan perkara berkenaan sebelum pengumuman mengenainya dibuat secara rasmi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa parti itu akan menggerakkan jentera dari seluruh Malaysia untuk membantu parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan diadakan pada 26 April.

Datuk Asyraf Wajdi berkata perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat MKT Umno yang diadakan petang 12 Mac.

Selain itu, katanya, mesyuarat berkenaan memutuskan tarikh untuk mengadakan Persidangan Tahunan Umno Cawangan pada 7 hingga 25 Mei ini; Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian pada 9 Jun hingga 27 Julai; dan Perhimpunan Agung Umno dari 20 hingga 23 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg