Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 sudah melabuhkan tirainya pada 1 Ogos lalu.

Selepas hampir sebulan negeri yang merangkumi tujuh daerah itu menjadi tumpuan menerusi kempen pilihan raya, ceramah dan persaingan politik, kini tiba masanya untuk melihat Negeri Sembilan dari sudut yang berbeza.

Daripada pantai berpasir di Port Dickson hingga ke keunikan warisan Adat Perpatih di Kuala Pilah, Negeri Sembilan menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai diterokai pelancong tempatan mahupun luar negara.

Sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, Berita Harian kongsikan destinasi menarik yang wajar dimasukkan dalam senarai kunjungan anda.

SEREMBAN, BANDAR DAN WARISAN

Muzium Negeri: Terletak di pusat bandar, mengenali sejarah, budaya dan warisan Negeri Sembilan menerusi pelbagai koleksi artifak serta pameran berkaitan Adat Perpatih.

Masjid Sri Sendayan: Mendapat gelaran sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah, masjid wakaf oleh pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain ini antara mercu tanda paling ikonik di Negeri Sembilan.

Masjid Sri Sendayan menjadi antara lokasi wajib singgah buat pelancong untuk merakamkan gambar kenangan di salah satu masjid tercantik di Malaysia dan terbesar di Negeri Sembilan.
Masjid Sri Sendayan menjadi antara lokasi wajib singgah buat pelancong untuk merakamkan gambar kenangan di salah satu masjid tercantik di Malaysia dan terbesar di Negeri Sembilan. - Foto LAMAN WEB MYPOV

Lorong Seni: Terletak di pusat bandar, diiktiraf sebagai Lorong Seni terpanjang oleh Malaysia Book of Records yang memaparkan kreativiti lebih 50 mural pelukis tempatan. Pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula 6 petang hingga 12 tengah malam pula, lorong ini meriah dengan jualan pelbagai barangan dan makanan.

Lorong Seni di Seremban, Negeri Sembilan merupakan lorong seni terpanjang di Malaysia dan meriah dengan pelbagai jualan barangan dan makanan pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.
Lorong Seni di Seremban, Negeri Sembilan merupakan lorong seni terpanjang di Malaysia dan meriah dengan pelbagai jualan barangan dan makanan pada setiap Jumaat hingga Ahad bermula 6 petang hingga 12 tengah malam. - Foto INSTAGRAM RIZ JERSI

Jelita Ostrich Farm: Diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia, terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Seremban, menawarkan pengalaman memberi makan, bergambar dan menunggang burung unta.

Nasi lemak ikan sembilang antara menu yang sinonim dengan masyarakat Lenggeng di Seremban, Negeri Sembilan dan menurut peniaga, ramai pelancong Singapura datang untuk menikmati hidangan ini.
Nasi lemak ikan sembilang antara menu yang sinonim dengan masyarakat Lenggeng di Seremban, Negeri Sembilan dan menurut peniaga, ramai pelancong Singapura datang untuk menikmati hidangan ini. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Hutan Lipur Lenggeng: Hanya sekitar 25 kilometer dari pusat bandar Seremban, kawasan rekreasi ini menawarkan suasana hutan yang nyaman dengan air terjun bertingkat, sesuai untuk berkelah dan mandi-manda. Sebelum pulang, jangan lepaskan peluang menikmati nasi lemak ikan sembilang yang menjadi antara hidangan popular dan identiti Lenggeng.

PORT DICKSON, DESTINASI PANTAI DAN PERANGINAN

Pantai: Ada 11 kawasan pantai yang sesuai untuk berkelah dan mandi manda dengan Pantai Tanjung Biru, Pantai Saujana dan Pantai Teluk Kemang antara paling popular.

Pantai Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan, antara yang selesa untuk aktiviti perkelahan hujung minggu bersama keluarga.
Pantai Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan, antara yang selesa untuk aktiviti perkelahan hujung minggu bersama keluarga. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

PD Waterfront: Lokasi untuk menikmati pengalaman makanan dari restoran makanan laut hingga kafe hipster sambil menikmati angin pantai dan matahari terbenam. Turut tersedia tarikan pantai berpasir merah jambu dan aktiviti ‘fun fair’ serta menaiki beca berhias.

Bersantai sambil menikmati kopi dan hembusan angin pantai di PD Waterfront, Port Dickson, cukup mendamaikan.
Bersantai sambil menikmati kopi dan hembusan angin pantai di PD Waterfront, Port Dickson, cukup mendamaikan. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Muzium Tentera Darat Port Dickson: Galeri sejarah ketenteraan, terowong komunis bawah tanah, serta pameran kenderaan berat seperti kereta kebal, meriam dan pesawat udara sebenar di kawasan terbuka.

Aktiviti keluarga: Lokasi riadah menarik untuk kanak-kanak dan dewasa di Wild West Cowboy Indoor Theme Park; Galeri 3D Art; Pusat Ikan Hiasan; Kota dan Muzium Lukut.

Kunjungi Balai Cerap untuk pengalaman astronomi pada waktu malam.

Pantai Saujana antara tumpuan pelancong untuk merakamkan gambar kenangan dan bermain di gigi pantai.
Pantai Saujana antara tumpuan pelancong untuk merakamkan gambar kenangan dan bermain di gigi pantai. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

JELEBU, DESTINASI EKO PELANCONGAN

Taman Negeri Kenaboi: Sangat popular dalam kalangan peminat aktiviti luar, pencinta alam semula jadi, pendaki gunung dan pengemar aktiviti perkhemahan kerana keindahan hutan tropika Banjaran Titiwangsa.

Di sini juga terletaknya Lata Kijang, air terjun tertinggi di Negeri Sembilan dan Jeram Berungut yang mendapat jolokan ‘Lord of the Rings’ Malaysia dan kawasan penempatan Orang Asli.

Taman Negeri Kenaboi di Jelebu, Negeri Sembilan, masih terpelihara dengan keindahan alam semula jadi.
Taman Negeri Kenaboi di Jelebu, Negeri Sembilan, masih terpelihara dengan keindahan alam semula jadi. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Muzium Adat: Terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Seremban, bangunan empat tingkat berikonkan replika tengkolok besar di pintu masuknya menawarkan kemasukan percuma dan pameran asal usul Adat Perpatih, sistem pemerintahan diraja, serta pelbagai adat kitaran hidup pelbagai etnik di Malaysia.

Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan, menjadi tempat rujukan pengkaji adat dan pencinta sejarah terutama yang mahu mengenali sistem Adat Perpatih dan adat budaya di Malaysia.
Muzium Adat di Jelebu, Negeri Sembilan, menjadi tempat rujukan pengkaji adat dan pencinta sejarah terutama yang mahu mengenali sistem Adat Perpatih dan adat budaya di Malaysia. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Rumah Gadang Budi: Rumah kayu lama dengan seni bina asli Minangkabau tanpa paku, yang terkenal sebagai antara asas dalam Adat Perpatih.

Dipindahkan dari Gunung Pasir, Seri Menanti di Kuala Pilah ke Kampung Gagu oleh Tan Sri Dr Rais Yatim, veteran politik, pengkaji adat dan mantan Ahli Menteri Besar Negeri Sembilan untuk memelihara warisan.

Lokasi Rumah Gadang Budi ini agak jauh dari pekan Jelebu, namun anda pasti tidak menyesal dapat melihat keunikan seni bina asli Minangkabau berusia ratusan tahun ini.
Lokasi Rumah Gadang Budi ini agak jauh dari pekan Jelebu, namun anda pasti tidak menyesal dapat melihat keunikan seni bina asli Minangkabau berusia ratusan tahun ini. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

JEMPOL, KEINDAHAN DESA DAN AGRO PELANCONGAN

Teratak Za’aba: Rumah kelahiran Pendita Za’ba, tokoh intelektual Melayu terkemuka yang terletak kira-kira 56 kilometer dari bandar Seremban.

Ia dijadikan muzium yang memaparkan sejarah dan sumbangan beliau dalam bidang bahasa dan pendidikan.

Teratak Za’aba adalah rumah kelahiran Pendita Za’ba, tokoh intelektual Melayu terkemuka yang dijadikan muzium memaparkan sejarah dan sumbangan beliau dalam bidang bahasa dan pendidikan.
Teratak Za’aba adalah rumah kelahiran Pendita Za’ba, tokoh intelektual Melayu terkemuka yang dijadikan muzium memaparkan sejarah dan sumbangan beliau dalam bidang bahasa dan pendidikan. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN
Antara bahan pameran di Teratak Za’aba, di Batu Kikir, Jempol, yang terletak lebih 50 kilometer dari pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan.
Antara bahan pameran di Teratak Za’aba, di Batu Kikir, Jempol, yang terletak lebih 50 kilometer dari pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Kampung Lonek: Terkenal dengan pemandangan sawah padi dan suasana kampung yang damai.

Pengunjung boleh menginap di inap desa di sini untuk merasai kehidupan kampung tradisional dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Kampung Lonek di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, menawarkan penginapan dalam suasana kampung berlatarkan pemandangan sawah padi.
Kampung Lonek di Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, menawarkan penginapan dalam suasana kampung berlatarkan pemandangan sawah padi. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Masjid Tuanku Muhriz: Mengambil sempena nama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menampilkan seni bina Islamik moden. 

Masjid Tuanku Muhriz di Bandar Seri Jempol, bersempena nama Yang di-Pertuan Besar ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Masjid Tuanku Muhriz di Bandar Seri Jempol, bersempena nama Yang di-Pertuan Besar ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

KUALA PILAH, BANDAR DI RAJA DAN PUSAT ADAT PERPATIH

Pelancong boleh melawat Istana Lama Seri Menanti yang dijadikan Muzium  Diraja Seri Menanti di Kuala Pilah, yang dibina tanpa menggunakan paku besi.
Pelancong boleh melawat Istana Lama Seri Menanti yang dijadikan Muzium Diraja Seri Menanti di Kuala Pilah, yang dibina tanpa menggunakan paku besi. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Bandar Diraja Seri Menanti: Di sini terletaknya Istana Lama Seri Menanti, bangunan kayu empat tingkat yang dibina tanpa paku besi dan kini dijadikan Muzium Diraja Seri Menanti, mempamerkan artifak dan pakaian diraja.

Bagaimanapun, muzium ini ditutup sementara untuk kerja pembaikan. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan turut terletak berhampiran.

Rumah Godang: Salah satu tarikan pelancongan baru, menggabungkan 23 rumah menjadi satu rumah besar berkonsepkan Minangkabau.

La Hilir: Pusat Percutian glamping (khemah) persendirian yang eksklusif dan boleh memuatkan 10 pengunjung pada satu masa.

Pengalaman menginap di La Hilir dengan konsep glamping eksklusif pasti meninggalkan kenangan sukar dilupakan.
Pengalaman menginap di La Hilir dengan konsep glamping eksklusif pasti meninggalkan kenangan sukar dilupakan. - Foto INSTAGRAM LA HILIR

Perkampungan Budaya Terachi: Nikmati pelbagai menu masakan tradisi masak lemak cili api yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan di Kodai (Kedai) Ain, sambil menghayati keindahan sawah padi.

Kodai (Kedai) Makan Ain antara restoran popular di Kuala Pilah yang menyajikan pelbagai hidangan tradisi masak lemak cili api yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan.
Kodai (Kedai) Makan Ain antara restoran popular di Kuala Pilah yang menyajikan pelbagai hidangan tradisi masak lemak cili api yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN
Hidangan tradisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masak lemak cili api terkenal dengan rasa pedas.
Hidangan tradisi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masak lemak cili api terkenal dengan rasa pedas. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Produk salai: Di sepanjang jalan dari Seremban ke Kuala Pilah terutama berhampiran Terachi, terdapat banyak jualan produk salai seperti itik, daging, ayam dan ikan keli yang boleh dibeli sebagai buah tangan.

Turut dijual di kawasan ini ialah kuih tradisi popular, ‘sopang’ (sepang atau badak berendam) dan dodol (juga dipanggil penganan).

Pelbagai produk salai seperti itik, ayam, daging dan ikan keli banyak dijual di tepi Jalan Seremban-Kuala Pilah, dan boleh dibawa pulang sebagai buah tangan.
Pelbagai produk salai seperti itik, ayam, daging dan ikan keli banyak dijual di tepi Jalan Seremban-Kuala Pilah, dan boleh dibawa pulang sebagai buah tangan. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Taman Rekreasi Eko Rimba Ulu Bendul: Lokasi untuk mandi manda di air terjun dan sungai berbatu yang jernih, malah menjadi laluan pendakian ke Gunung Angsi.

Taman Rekreasi Ulu Bendul terletak tidak jauh dari bandar Seremban menyediakan kemudahan kolam mandi, selain air terjun yang nyaman.
Taman Rekreasi Ulu Bendul terletak tidak jauh dari bandar Seremban menyediakan kemudahan kolam mandi, selain air terjun yang nyaman. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

REMBAU, KAMPUNG WARISAN

Pedas Adventure Park @ Wet World Air Panas Pedas: Menawarkan empat tarikan dalam satu tempat iaitu taman tema air, adventure park, Pedas Hot Spring, Wellness & Spa dan Jurassic Park.

Adventure Park antara salah satu daripada empat tarikan yang tersedia di Pedas Adventure Park @ Wet World Air Panas Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.
Adventure Park antara salah satu daripada empat tarikan yang tersedia di Pedas Adventure Park @ Wet World Air Panas Pedas, Rembau, Negeri Sembilan. - Foto LAMAN WEB WET WORLD AIR PANAS PEDAS

Muzium Rembau: Ketahui sejarah dan budaya daerah Rembau, termasuk Institusi Undang Luak serta kedatangan Raja Melewar.

Tempat duduk Datuk Undang Rembau ketika menjalankan adat istiadat antara bahan pameran di Muzium Rembau, Negeri Sembilan.
Tempat duduk Datuk Undang Rembau ketika menjalankan adat istiadat antara bahan pameran di Muzium Rembau, Negeri Sembilan. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN

Pundong Coffee & Farm Stay: Nikmati kopi sambil ‘healing’ di tepi kolam dalam suasana kampung.

Boleh juga menginap di sini dan mencuba aktiviti beri makan ikan, memancing dan bermain dengan itik.

Pundong Coffee & Farm Stay mampu beri ketenangan buat mereka yang mahu lari dari kesibukan kota.
Pundong Coffee & Farm Stay mampu beri ketenangan buat mereka yang mahu lari dari kesibukan kota. - Foto PUNDONG COFFE & FARMSTAY

TAMPIN, BANDAR BERSEJARAH

Gunung Tampin: Destinasi pendakian menarik dan titik paling selatan Banjaran Titiwangsa.

Sawah Londah: Nikmati pemandangan sawah padi menghijau dan menguning dua kali setahun, sesuai untuk merakamkan gambar kenangan di mercu tanda ‘Den Love Sawah Londah’, berbasikal mengelilingi kampung dan makan di gerai tengah sawah.

Suasana kampung di Sawah Londah, Gemas, Negeri Sembilan, antara tempat menarik di daerah Tampin.
Suasana kampung di Sawah Londah, Gemas, Negeri Sembilan, antara tempat menarik di daerah Tampin. - Foto TIKTOK JIJIE MONCHEH

Galeri Stesen Keretapi Lama Gemas: Mempamerkan artifak, foto lama dan info tentang peranan penting Gemas sebagai nadi perhubungan kereta api zaman dahulu.

Lomak Salai: Berhampiran pusat bandar Tampin dan laluan utama menuju ke Melaka, menjanjikan menu autentik masakan lemak salai, dengan konsep dan suasana yang menarik.

Lomak Salai di Tampin, Negeri Sembilan, antara destinasi makan wajib singgah.
Lomak Salai di Tampin, Negeri Sembilan, antara destinasi makan wajib singgah. - Foto BH oleh HANNEEYZAH BAHARIN