Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tuduhan dadah dipinda: Mamat Exist elak hukuman penjara, didenda RM4,000

Jul 8, 2024 | 5:40 PM
Mamat (tengah) bersama abangnya, Encik Mehmood Kamarudin (kanan), selepas selesai membayar denda atas kesalahan memiliki dadah di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, pada 8 Julai.
Mamat (tengah) bersama abangnya, Encik Mehmood Kamarudin (kanan), selepas selesai membayar denda atas kesalahan memiliki dadah di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, pada 8 Julai. - Foto SINAR HARIAN

JOHOR BAHRU: Bekas vokalis kumpulan Exist, Mamat, dikenakan hukuman denda RM4,000 ($1,145) atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 8 Julai, atas kesalahan mengambil dadah pada 2019.

Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 47 tahun, menjalani tempoh pengawasan di bawah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang, selama dua tahun.

Mamat, yang pernah popular dengan kumpulan Exist pada 1990-an itu menerusi lagu, Untukmu Ibu, juga mempunyai kesalahan berulang mengambil dadah pada 2016 dan 2018, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan tuduhan pindaan yang dibacakan pada 8 Julai, Mamat didakwa mengambil dadah jenis methamphetamine pada 2 pagi, 9 September 2019, di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Tuduhan sebelum ini dibuat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) akta sama.

Mengikut seksyen berkenaan, Mamat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam prosiding berasingan, Mahkamah Majistret Johor Bahru menjatuhkan hukuman denda RM1,000 selepas Mamat membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, atas tuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.17 gram.

Mengikut kertas tuduhan, kesalahan tersebut dilakukan di Taman Perling, Johor Bahru, pada 11.35 malam, 8 September 2019 dan tuduhan kedua dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama.

Mamat kemudian membayar denda yang dikenakan menerusi peguamnya.

Pada awal 2024, Mamat yang berdepan dua tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019 mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Fatimah Zahari dan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, sejurus tuduhan dibacakan terhadapnya.

Mamat ditahan pada 7 Januari 2024 ketika bersama seorang rakan pada 2 pagi di Taman Perling, Johor Bahru, semasa pemeriksaan rutin polis.

Semasa ditahan dan diperiksa, Mamat didapati bebas bahan terlarang, namun berada dalam senarai dikehendaki berikutan kes dadah lama pada 2019.

Selepas pendakwaan itu Mamat dihantar ke Hospital Permai, di Johor Bahru, bagi menjalani rawatan psikiatri bermula 23 Januari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg