Umno tangguh pemilihan parti 2026, mahu tumpu persiapan pilihan raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Umno tangguh pemilihan parti 2026, mahu tumpu persiapan pilihan raya

Feb 27, 2026 | 12:51 PM

Umno tangguh pemilihan parti 2026, mahu tumpu persiapan pilihan raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
umno, pilihan raya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. - Foto INSTAGRAM ASYRAF WAJDI DUSUKI

Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada 2026, bagi memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), tidak lama lagi.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berlangsung pada 26 Februari bersetuju menangguhkan pemilihan parti pada satu tarikh tidak lebih enam bulan selepas PRU16.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini (2026) kepada tarikh tidak boleh melebihi enam bulan selepas PRU16.

“Ini bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan PRN dan PRU16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini (2026),” katanya dalam satu kenyataan pada 26 Februari.

Kali terakhir pemilihan Umno dibuat ialah pada 2023 dengan jawatan Presiden yang disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan jawatan Timbalan Presiden dipegang Datuk Seri Mohamad Hassan, tidak dipertandingkan.

Penggal pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dan Johor masing-masing akan berakhir pada Disember 2026 dan April 2027, manakala penggal Parlimen ke-15 akan berakhir pada Disember 2027.

Sesetengah pihak meramalkan PRN Melaka dan Johor serta PRU16 mungkin diadakan serentak.

Dalam pada itu, Datuk Asyraf memaklumkan mesyuarat turut memperincikan beberapa ketetapan penting termasuk penetapan tarikh persidangan tahunan di semua peringkat parti bagi 2026.

Beliau berkata Persidangan Tahunan cawangan Umno akan berlangsung dari 1 April hingga 17 Mei ini, manakala Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian diadakan pada 1 Jun hingga 12 Julai depan.

Katanya, Perhimpunan Agung Umno 2026 pula dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 16 Ogos depan.

“Sempena sambutan ulang tahun ke-80 pada tahun ini, Umno akan turut menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera pada 1 Mei 2026 dan Konvensyen Umno sebagai acara kemuncak sambutan bersejarah pada 2 Mei di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur,” kata Datuk Asyraf.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg