Topic followed successfully
Go to BHkuUmno tarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan
Umno tarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan
Aminuddin hadap Yang di-Pertuan Besar bagi bincang krisis pentadbiran
Apr 27, 2026 | 4:53 PM
Umno tarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan
Pengerusi Umno dan Barisan Nasional Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (duduk, tengah) ketika sidang media penarikan balik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang disiarkan secara langsung di platform media sosial pada 27 April. - Foto UMNO
Polemik menyusuli konflik takhta diraja dan adat di Negeri Sembilan semakin serius dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri itu menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Aminuddin Harun, pada 27 April.
Pengerusi Umno/BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno/BN Negeri Sembilan, menyusuli kegagalan Datuk Aminuddin menyelesaikan krisis adat yang berlaku di negeri itu.
Laporan berkaitan
Perebutan takhta diraja Negeri Sembilan uji ketahanan sistem Adat PerpatihApr 24, 2026 | 5:30 PM
Negeri Sembilan jadi tumpuan kerana ‘krisis’ takhta dirajaApr 22, 2026 | 6:47 PM
Sekilas krisis takhta diraja Negeri SembilanApr 22, 2026 | 6:54 PM

