Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usah terpedaya tawaran visa Mujamalah murah untuk tunai haji

Apr 22, 2025 | 1:03 PM
Datuk Seri Razali Mohd Sham, papuh, umrah malaysia
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran pakej haji Mujamalah yang terlalu murah, serendah RM20,000 ($6,013) hingga RM50,000, kerana ia jelas satu penipuan membabitkan penyalahgunaan visa pelancong.

Peringatan itu dikeluarkan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) yang menegaskan walaupun visa Mujamalah diberikan secara percuma kepada individu atau pihak tertentu oleh kerajaan Arab Saudi, ia biasanya ‘ditawarkan semula’ kepada mana-mana jemaah berminat dengan bayaran sekitar RM15,000 dan ke atas.

“Visa berkenaan diberikan secara percuma, cuma ia biasanya dijual semula kepada yang berminat. Misalnya seorang VIP (orang kenamaan) dapat satu kuota, dia tawarkan kepada orang lain dengan harga biasanya sekitar RM15,000, malah ada yang jual semula kadar lebih tinggi.

“Tapi kena ingat, bukan kos visa saja yang perlu ditanggung jemaah, ini belum termasuk ground services (perkhidmatan darat).

“Misalnya, anda beli visa Mujamalah dengan harga RM20,000, belum bayar lagi penginapan dan pengangkutan ke Arafah dan Mina, sekitar RM17,000, tiket penerbangan pergi balik, sudah cecah RM10,000, pengangkutan di Makkah dan Madinah dan makanan lagi. Jadi paling sedikit kos keseluruhan adalah RM60,000 hingga RM100,000.

“Jadi kalau visa Mujamalah ditawarkan pada kadar serendah RM40,000 hingga RM50,000, sah itu visa pelancong,” kata Presiden Papuh, Datuk Seri Razali Mohd Sham, lapor Berita Harian Malaysia.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memberi jaminan kegiatan penipuan atau scam membabitkan ibadat haji akan ditangani sehingga ke akar umbi.

Katanya, pihak berkuasa dan Lembaga Tabung Haji (TH) memandang serius kesalahan sedemikian, sekali gus tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak didapati melanggar peraturan ditetapkan.

Mengulas lanjut Datuk Razali berkata dakwaan individu tertentu atau pengusaha agensi umrah kononnya visa Mujamalah sudah diperoleh secara berperingkat sejak Ramadan lalu adalah tidak benar sama sekali.

“Perlu saya jelaskan, TA (agensi pelancongan) tidak akan dapat visa Mujamalah ini secara terus, ia biasanya diberikan kepada orang perseorangan atas dasar hubungan baik dengan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

“Jika ada yang dakwa dah dapat visa Mujamalah sekarang, ia tak betul, satu penipuan dan tunggulah nanti akan diberikan (jemaah) visa pelancong. Biasanya visa (Mujamalah) ini akan keluar sekitar Zulkaedah, jadi janganlah ada yang tertipu,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg