Usaha tingkat penerbangan Dubai-KL dijalankan, bantu rakyat terkandas akibat konflik

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Usaha tingkat penerbangan Dubai-KL dijalankan, bantu rakyat terkandas akibat konflik

Mar 5, 2026 | 10:46 PM

Usaha tingkat penerbangan Dubai-KL dijalankan, bantu rakyat terkandas akibat konflik

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Antara jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Arab Saudi menyusuli perang Iran, Israel serta Amerika Syarikat.
Antara jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Arab Saudi menyusuli perang Iran, Israel serta Amerika Syarikat. - Foto tangkap layar BERITA RTM

Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai sedang menyelaras dengan syarikat penerbangan bagi meningkatkan kekerapan penerbangan ke Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkandas di Dubai dan Amiriah Utara.

Dalam kenyataan pada 5 Mac, Konsulat Jeneral Malaysia memaklumkan usaha itu sedang giat dijalankan ketika operasi komersial penuh oleh syarikat penerbangan masih belum kembali sepenuhnya susulan ketegangan serantau.

Menurut Konsulat, beberapa penerbangan terhad telah mula beroperasi dengan keutamaan diberikan kepada penumpang yang terkandas.

“Semua penumpang yang terkandas dinasihati untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan status penerbangan terkini,” menurut kenyataan itu.

Konsulat turut memaklumkan bahawa ia sedang memantau perkembangan situasi semasa di Dubai dan Amiriah Utara, sambil menambah keadaan keselamatan di Dubai kekal stabil dan aktiviti harian berjalan seperti biasa berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu, konsulat mengambil maklum laporan beberapa rakyat Malaysia yang mendakwa hotel masih mengenakan bayaran bagi lanjutan penginapan walaupun pihak berkuasa tempatan sebelum ini mengumumkan kos penginapan bagi penumpang terkandas akan ditanggung.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya membuat pengesahan terus dengan pihak hotel dan syarikat penerbangan masing-masing berhubung sebarang urusan pembayaran.

“Rakyat Malaysia di Dubai dan Amiriah Utara juga digesa supaya terus berwaspada, mengikuti pengumuman rasmi pihak berkuasa Amiriah Arab Bersatu (UAE) serta konsulat, selain membuat perancangan sewajarnya sekiranya perlu melanjutkan tempoh penginapan.

“Ini termasuk mempertimbangkan pilihan penginapan alternatif yang lebih berpatutan, sekiranya perlu,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi dalam hantaran di Facebook rasminya mengingatkan rakyat Malaysia di UAE mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, termasuk amaran siren kecemasan dan mendapatkan perlindungan segera.

Menurut Kedutaan, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.

Pada 3 Mac, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir, berkata kira-kira 1,600 jemaah umrah Malaysia dilaporkan terkandas di Arab Saudi berikutan pembatalan serta gangguan operasi beberapa syarikat penerbangan akibat konflik di Asia Barat ketika ini.

Beliau berkata pihaknya setakat ini berjaya menghubungi kebanyakan jemaah terbabit yang dikenal pasti berada di Jeddah, Makkah dan Madinah.

Pada 4 Mac pula, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, yang juga Menteri Ekonomi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan memastikan kebajikan dan keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di negara bergolak susulan perang Iran, Israel serta Amerika Syarikat, menjadi keutamaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg