Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Wanita di Terengganu mengaku salah khalwat kali kedua dihukum 6 sebatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Wanita di Terengganu mengaku salah khalwat kali kedua dihukum 6 sebatan

Apr 18, 2024 | 10:56 AM



KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal di Terengganu menjadi wanita pertama di negeri itu yang dikenakan hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah kerana berkhalwat.


Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Encik Rosdi Harun, menjatuhi hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 ($1,136) selepas Nurfifi Amira Nawi, 37 tahun, mengaku bersalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (Pindaan) 2022.

Tertuduh turut dikenakan denda sebanyak RM4,000 atau lapan bulan penjara sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan, lapor Berita Harian Malaysia.


Mengikut tuduhan, tertuduh didakwa melakukan khalwat bersama seorang lelaki berusia 40 tahun yang bukan suami atau mahramnya di sebuah rumah di daerah Kemaman.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 3.15 petang pada 31 Januari lalu.

Sebelum ini, tertuduh pernah disabitkan bersalah mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat pada 28 Januari 2018.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, hakim berkenaan menasihati Nurfifi Amira supaya segera bernikah secara sah mengikut hukum syarak bagi menghindari perbuatan khalwat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >