13 individu dihantar ke hospital selepas kemalangan di Orchard Road

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 individu dihantar ke hospital selepas kemalangan di Orchard Road

Jan 28, 2026 | 3:40 PM

13 individu dihantar ke hospital selepas kemalangan di Orchard Road

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kemalangan di Orchard Road pada pagi 28 Januari antara lori dan sebuah kereta menyebabkan 13 individu dihantar ke hospital dan 5 lagi cedera tetapi enggan ke hospital.
Kemalangan di Orchard Road pada pagi 28 Januari antara lori dan sebuah kereta menyebabkan 13 individu dihantar ke hospital dan 5 lagi cedera tetapi enggan ke hospital. - Foto FAIL

Seramai 13 orang telah dibawa ke hospital susulan satu kemalangan yang berlaku di Orchard Road pada awal pagi 28 Januari.

Foto yang diambil oleh pengguna jalan raya di lokasi kejadian menunjukkan sebuah lori dan sebuah kereta berada di atas tempat pejalan kaki, di hadapan gedung Apple Store di Orchard Road. Sebuah kereta polis turut kelihatan di belakang lori berkenaan.

Bahagian hadapan kedua-dua kenderaan tersebut dilihat mengalami kerosakan, manakala sebuah bangku di tempt pejalan kaki tersebut juga tumbang akibat rempuhan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.20 pagi mengenai kemalangan di persimpangan Orchard Road dan Orchard Link.

Paramedik kemudian membawa enam mangsa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan tujuh lagi ke Hospital Besar Singapura (SGH).

SCDF menambah bahawa lima individu lain turut diperiksa kerana mengalami kecederaan ringan, namun mereka enggan dibawa ke hospital.

Pihak polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta itu pada jam 6.15 pagi.

Kesemua 13 mangsa yang dibawa ke hospital dalam keadaan sedar terdiri daripada seorang pemandu kereta lelaki berusia 64 tahun dan 12 penumpang lori lelaki berusia antara 30 dengan 51 tahun. Penumpang lori tersebut merupakan pekerja asing.

Pihak polis mengesahkan bahawa siasatan lanjut masih dijalankan.

Tinjauan media di lokasi kejadian pada 11 pagi mendapati lori dan kereta berkenaan telah ditunda keluar dari kawasan tempat pejalan tersebut. Bangku yang tumbang juga telah dipasang semula, namun kawasan sekitarnya masih dipasang penghadang.

Seorang pekerja di kedai barangan sukan yang berhampiran berkata, kedua-dua kenderaan tersebut masih berada di atas tempat pejalan kaki sekitar jam 9 pagi sebelum ditunda pada jam 10.20 pagi.

Keadaan trafik di kawasan itu dilaporkan kembali normal dan lintasan pejalan kaki yang berdekatan berfungsi seperti biasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg