Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ayuh, kongsi foto bertema Ramadan dan menangi baucar!

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
mata-mata
41358
0

Ayuh, kongsi foto bertema Ramadan dan menangi baucar!

Apr 01, 2024 | 05:30 AM



Para pembaca kini berpeluang memenangi hadiah dengan mengongsi apa sahaja foto berkaitan dengan Ramadan dalam peraduan bulanan mata-mata.


Ramadan telah dipilih sebagai tema dalam peraduan bulanan mata-mata yang julung-julung kali dianjurkan, kerana ia bukan sahaja merupakan bulan yang penuh bermakna untuk masyarakat Melayu/Islam malah banyak kegiatan dilakukan bersama.

Antara tujuan peraduan ini adalah untuk memberi ganjaran kepada pembaca yang sedia berkongsi kenangan bersama rakan pembaca lain.

Tiga penyertaan terbaik akan dipilih dan penyertaan terbaik akan memenangi baucar beli-belah bernilai $100. Dua pemenang lain akan menerima baucar beli-belah bernilai $50.

Gambar-gambar yang akan disumbang perlu dipastikan milik anda dan individu dalam gambar harus sebaiknya dikenal pasti dan diberikan namanya.

Kami menerima apa sahaja foto – yang baru mahupun lama.

Misalnya, suasana berbuka puasa pada 1950-an atau kenangan menjalankan solat tarawih bersama keluarga ketika pandemik Covid-19.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik!

Sila ke ruang mata-mata di laman web Berita Harian bagi butir lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >