Setiap tahun Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) diberikan kepada guru-guru bahasa Melayu yang dinilai berdasarkan beberapa kriteria, seperti keupayaan memupuk pengetahuan, kemahiran dan minat dalam pembelajaran bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu di dalam dan luar bilik darjah. Selain itu, mereka harus menunjukkan keprihatinan dan perhatian terhadap keperluan dan kesejahteraan pelajar serta mencerminkan nilai Arif Budiman, iaitu seorang berpelajaran yang menyumbang...





