JOHOR BAHRU: Malaysia dan Singapura sedang meninjau kemungkinan melonggarkan sekatan perjalanan sebagai "jiran dekat", jelas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin pada Isnin (25 Oktober).
Dalam ciapan Twitter di akaun rasminya, beliau menjelaskan telah bertemu rakan sejawatannya, Encik Ong Ye Kung, sewaktu singgah ke Lapangan Terbang Changi, sebelum berlepas ke mesyuarat setrantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Jepun.





