JAWATANKUASA fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menerima soalan hukum agama mengenai jururawat dan petugas dalam perkhidmatan awam lain yang tidak dapat menutup aurat sepenuhnya kerana keperluan tugas, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Persoalan itu timbul setelah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Ogos lalu mengumumkan perubahan dasar bagi membolehkan jururawat wanita Islam memakai tudung sebagai tambahan...





