PARIS: Polis di Paris berjaya menahan tiga perompak bersenjata selepas mereka cuba melarikan diri dengan barang kemas yang bernilai lebih AS$12 juta ($16 juta) dari kedai Bulgari yang terletak di Place Vendome (gambar).
Tiga perompak itu cuba melarikan diri dalam kereta dan polis telah melepaskan tembakan dan berjaya menahan mereka.





