MAJLIS Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) mengusulkan saranan untuk mendedikasikan atau menamakan ruang awam sempena wanita Singapura sebagai memberi penghormatan kepada wanita negara ini atas sumbangan mereka dalam pembangunan negara.
Presiden SCWO, Cik Junie Foo, berkata inisiatif itu merupakan contoh usaha simbolik dan aktif bagi meningkatkan kedudukan wanita dalam negara ini.





