Lebih 10,000 pasangan suami isteri dan keluarga akan terlibat dalam satu kajian selama 10 tahun bagi memahami bagaimana keperluan, cabaran dan daya tahan mereka berubah sepanjang pelbagai peringkat kehidupan.
Kajian bertajuk Resilience and Outcomes Over Time in Singapore Families (Roots) itu akan meneliti perjalanan keluarga daripada perkahwinan dan keibubapaan hingga membesarkan anak serta menghadapi perubahan besar lain dalam kehidupan.





