KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) akan melanjutkan pengecualian levi pekerja migran bagi semua pemegang Pas S dan Permit Kerja, termasuk pembantu rumah migran (MDW), sepanjang tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) mereka hingga Disember.
Pengecualian itu sepatutnya berakhir bulan ini. Dengan pengecualian itu, majikan mempunyai pekerja menjalani SHN antara Januari dengan Disember tahun ini tidak perlu bayar levi bagi pekerja itu.

![[BHGN 1] Tak kira latar belakang, setiap kanak-kanak berhak dapat peluang sama](https://cf-images.ap-southeast-1.prod.boltdns.net/v1/static/4802324427001/4ef0d05e-3fd2-4602-bad0-73f74fdb1ca7/7e6c60a5-0b8c-47ba-8dfd-b11f50652ea2/1280x720/match/image.jpg)



