LEBIH 43,900 majikan akan menerima ganjaran Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) berjumlah lebih $900 juta mulai 30 September bagi menyokong pendapatan lebih 570,000 pekerja tempatan.
Dengan bantuan kewangan itu, lebih $27.6 bilion sokongan JSS telah diagihkan sejak pengenalan skim tersebut pada Belanjawan Perpaduan pada Februari 2020, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) dalam kenyataan bersama pada Selasa...





