PEMERINTAH akan meningkatkan sumber bagi mempersiapkan kemungkinan kes jangkitan Covid-19 baru boleh mencecah lebih 5,000 sehari, menurut Menteri Kewangan dan pengerusi bersama pasukan bertindak antara kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19, Encik Lawrence Wong.
Dari jumlah itu, sekitar 10 peratus atau 500 orang perlu dimasukkan dalam wad hospital sekurang-kurangnya selama seminggu.





